Tuesday, March 01, 2016

Pertandingan Dedah Aurat Begini Ada Di Aceh..



Aksi salah seorang peserta pertandingan mencari model sebelum diserbu.

Banda Aceh – Datuk Bandar Aceh, Illiza Saaduddin Djamal semalam menyerbu satu pertandingan mencari model selepas pesertanya dilaporkan berpakaian seksi dan tidak menutup aurat.


Pertandingan Indonesian Model Hunt 2016 diadakan di sebuah hotel di sini dan disertai beberapa peserta lelaki serta wanita.

Ketika beberapa peserta beraksi di pentas, Illiza dan beberapa pegawainya menyerbu masuk dan mengarahkan acara itu dihentikan.
20160228MIN_6-768x1152

“Pakaian yang dipakai peserta ini melanggar undang-undang Islam kerana ada wanita yang berpakaian menjolok mata.

“Ada peserta lelaki pula yang memakai seluar pendek dan ada yang memakai baju menyerupai wanita,” katanya.

Beliau memberitahu menerima laporan mengenai pertandingan itu lengkap dengan gambar peserta memakai pakaian yang tidak sesuai.

“Walaupun ada peserta yang berhijab, tetapi ramai yang tidak memakai tudung,”ujarnya.

model-dibubarkan-walikota-aceh3-658x488

ILLIZA (tengah) menasihati peserta wanita yang menyertai pertandingan mencari model.
ILLIZA (tengah) menasihati peserta wanita yang menyertai pertandingan mencari model.

Menurutnya, beliau kecewa acara seperti itu berlaku di Aceh dan pihak penganjur pula tidak memohon kebenaran pihak berkuasa tempatan.

“Penganjur dan ejen model ini saya arahkan datang ke Balai Kota Banda Aceh untuk disoal siasat sebelum tindakan diambil ke atas mereka,” tegasnya.– AGENSI/MYMETRO ONLINE

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

5 comments:

Anonymous said...

Pak ibnu, apasal cpt sngt tukar tajuk. Aku nk komen pas skit lg ni

Rosly agam said...

Jangan hina kami orang Aceh, M'sia apa kurang mengaku negara Islam lagi, tapi lagi teruk pertandingan, pakaian orang Islam sana dll.

Anonymous said...

tajuk pun dah cukup memfitnah, seolah2 Aceh membenarkan pertandingan spt ini. yg jelas adalah ia pertandingan yg tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa.

jgn cuba sensasikan perkara2 berupa fitnah utk mendpt pengunjung...

Anonymous said...

Itu peringatan, bukan fitnah. Benda betul terjadi. Kalau umno busuk, nak kata wangi?
Bodoh. Pegi belajar lagi bab fitnah. Bahkan fitnah pun ada yang harus.
Orang yang macam kamu, mat sabu kata bengong, bahlul, tolol.

Anonymous said...

Anon March 2, 2016 at 12:04 AM ko tu yang bodoh! Presideng ko suka umno yang ko pandai2 kata umno busuk kenapa? haruan djin dah dapat jawatan dalam gomen, ko dapat apa? bodoh punya ahli pas!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails