Thursday, March 03, 2016

Reformasi Azmin Dikritik? Politik Qu Puteh.. -Wan Ji

wan ji2
Wan Ji Wan Hussin yang menyertai PKR pada Julai tahun lalu kini dipercayai telah diberi surat amaran daripada Pejabat Menteri Besar Selangor kerana mengkritik Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Dapat surat dari Pejabat MB Selangor..
“Sebenarnya, kalau kena pecat keahlian parti pun saya tak hairan.. sekadar bagi surat, lebih-lebih lagi saya tak hairan,”kata Wan Ji dalamFacebook sekejap tadi.
Ia dipercayai ada kaitan dengan kritikan Wan Ji yang membidas kewibawaan Azmin bercakap persoalan reformasi.
wan ji-azmin
“Reformasi? … Suruh dedah kat public tentang kubah RM32 juta dan cat gerbang RM9 juta pun tak boleh…. Sembang jeee
“Cakapnya, politik pencerahan. Buatnya, politik Qu Puteh,”kritik Wan Ji terhadap satu kenyataan Azmin yang disiarkan Malaysiakini.
Dalam kenyataan itu, Azmin mengalu-alukan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disifatkan tegas mendesak supaya berlaku reformasi dalam institusi negara.
Azmin berkata, pendirian tersebut adalah selaras dengan perjuangan ‘reformasi’ yang dianjurkan oleh Anwar Ibrahim.
“Masa telah tiba di mana semua parti politik, organisasi masyarakat madani, pemimpin dan individu perlu bersatu sebagai rakyat yang prihatin untuk tujuan yang lebih besar demi menyelamatkan negara.
“Ikhtiar bersama ini perlu dijadikan kenyataan demi mengembalikan negara di atas jalan demokrasi yang tulen.
“Kita masih belum terlambat untuk melakukan perubahan. Seperti mana Tan Sri Muhyiddin, hasrat dan cita-cita rakyat juga untuk merealisasikan sebuah kerajaan yang adil, amanah dan jujur,” kata Azmin.
Justeru itu Azmin menyeru semua pihak tanpa mengira ideologi politik bergading bahu melaksanakan perubahan yang diseru oleh Muhyiddin itu.
“Kita mesti bangkit di atas perbezaan dengan kesatuan hasrat mengambil-alih tampuk kepimpinan negara yang lemah.
“Rakyat tidak boleh lagi bertolak ansur dengan pelanggaran hak asasi. Mereka tidak wajar menderita dengan ketidakadilan yang berlaku di tangan pemimpin yang menyalahgunakan kuasa.
“Ayuh, jangan menoleh lagi. Kita harus bersatu demi perubahan,” tegasnya.
wan ji
wan ji1
(Aidcnews)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails