Monday, February 29, 2016

Siapa Rafizi, Minta A.Hadi Mengikutnya. Demo Pembangkang Tanpa PAS Gagal?



Apa jua perhimpunan atau demonstrasi membabitkan pembangkang akan gagal jika PAS tidak turut serta.
Sebab itu Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sudah goyah kerana Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya kepada Sinar Harian menyatakan partinya tidak akan menghadiri perhimpunan anti Najib, 27 Mac ini.
“Saya harap Datuk Seri Hadi Awang juga akan turut sama, supaya rakyat tidak terkeliru seolah-olah beliau/PAS mempertahankan Datuk Seri Najib Tun Razak pada kala kemarahan rakyat terhadap Perdana Menteri makin memuncak,” katanya dalam Facebook hari ini.
Rafizi berkata, beliau jarang mengulas mengenai PAS atau Abdul Hadi kerana menghormati sumbangannya kepada pembangkang sejak puluhan tahun, tetapi beliau dihujani dengan pertanyaan mengenai kenyataan terbaru pemimpin PAS itu.
Ahli Parlimen Pandan itu berharap kenyataan Hadi bukan menghantar isyarat mengelirukan bahawa parti Islam itu menyokong Perdana Menteri.
Rafizi menegaskan bahawa beliau tidak bersetuju dengan pendirian terbaru Hadi iaitu “menolak parti UMNO, tetapi berkawan dengan orang (pemimpin) UMNO”.
Najib dan Hadi kini mempunyai hubungan yang baik demi penyatuan Islam
Menurut Rafizi, beliau sendiri menyatakan persetujuan supaya perdana menteri meletakkan jawatannya pada himpunan tersebut.
Pembangkang dengan pihak tertentu yang tidak puas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri selama ini berharap perhimpunan anti Najib adalah tindakan terbaru mereka bagi menjatuhkan Perdana Menteri setelah usaha-usaha sebelum ini tidak berhasil.
Ini termasuk menolak Bajet 2016 bagi menggambarkan undi tidak percaya terhadap Najib di Dewan Rakyat tahun lalu.
PAS sebelum ini tidak menyertai pembangkang pada perhimpunan Haram Bersih 4 sekaligus mengagalkannya kerana bilangan penyertaan yang sedikit.
Rafizi harus sedar dan ingat jangan kerana PAS masih bekerjasama dalam politik terutama di Selangor, ia bukan bermakna PKR boleh memaksa Hadi berkomplot dengan mereka untuk menjatuhkan Najib seperti sebelum ini.
Lagipun, siapa Rafizi untuk meminta Hadi mengikut kemahuannya.- 29/2/2016

13 comments:

Anonymous said...

Jangan la ego mcm rasa maksum sgt sampai x bleh ditegur...

Anonymous said...

anti omno konon bukan orangnya
omno tu hidup sebab ada orangnya
dah pandai cakap nak belit

tulangkering said...

Seruju dengan TGHA...TGHA DAN PAS tiada harga dimata Dap dan Amanah...tak perlu pergi buang masa dan tenaga..

Anonymous said...

Hadi beruntung sbb mempunyai walaon yg tk mampu berfikir.. betul tk pak hasyim.. hehe

Anonymous said...

ucapan penuh aku tak tahu.. klu betul ia dari presiden, bermakna satu lg kenyataan yg mengecewakan dari ustad hadi. kenyataaan ini dari beliau sendiri atau kenyataan parti? pendapat aku pas wajib ikut demo sebab terlalu byk kerosakan yg najib lakukan.. kita bukan nak gulingkan kerajaan cuma nak tukar pm . umno masih tetap memerintah. aku tak paham betul la politik ni.. pilihan terbaik yg aku ada sekarang adalah pas. klu pan keluar pas dan letak jawatan mgkn aku dah sokong pan. mana ada islam ajar pertahankan orang zalim..

Anonymous said...

Kah kah kah ....... barua DAP dah mengaku kalah nampak ! Terpaksa merayu sokongan PAS ! Mana pergi pengikut2 PAN ratus2 ribu ? Kah kah kah lebong je lebih ....... time buat kerja atau demo terpaksa harapkan puak PAS juga !

Anonymous said...

Hadi ni olamak besar ker? Cakap merapoo. Banyak cakap kerja yilekk. Pi lah cepat ug dgn umno bn. Mudah rakyat humbang ke laut marang. Hudud kelantan entah bila? Malu kpd brunai. Cakap dusta, khianat n suka bertengkar sesama kawan. Huhu

Anonymous said...

tui ,ularmak tak sedar diri

Anonymous said...

Molek pas buat muktamar khas. Nk pakat dgn umno ke tidak? Mcm dato asri buat dulu sblm masuk bn. Kalu majority ahli sokong silakan. Tentunya byk dalil quran n hadis yg membolehkan. Ada 17 olamak dlm Msu Pas. Hahaha

Anonymous said...

Sokong 100% bro. Baru ahli pas tak bengong n terkebil2 mcm ayam ditimpo taikk. Kehkeh

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Kami tetap bersama TGHH walau apa keputusan beliau.. ingat tuan guruku yg dikasihi..tidak perlu tunduk kpd parti sosialis, liberal dan x de agama... eh silap tak ada perlembagaan yg berasaskan agama malah x ada perlembagaan pun..

Anonymous said...

Rapiji ning org pandai kira duet je...bayangkan org pandai kira duit dpt kuasa...mampuih,amnor jugok

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails