Sunday, February 28, 2016

Nicol, Delia Lepasi Pusingan Pertama. Yang Tak Lepas Ini...



SUKAN
Nicol, Delia Lepasi Pusingan Pertama Terbuka Windy City
KL: Datuk Nicol David dan Delia Arnolds mara ke pusingan kedua Terbuka Windy City di Chicago, Amerika Syarikat selepas kedua-dua pemain negara itu menumpaskan lawan masing-masing pada Khamis.

Pemain nombor dua dunia itu, yang membuat penampilan kedua pada kejohanan berkenaan, hanya mengambil masa 22 minit untuk menewaskan Fiona Moverly dari England 11-5, 11-1 dan 11-6.
Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Wajarkah wakil kerajaan Islam (konon), atletnya  berpakaian begini, yakni tidak Islamik dalam bersukan? Berilah peluang muslimat negara ini bersukan bersama. Apakah kementerian sukan tidak ada idea untuk atasi masalah ini? 
Takde ke yang cerdik-cerdik agama boleh diambil nasihat? Sudah puluhan tahun merdeka, pemimpin negara ini masih berfikir cara penjajah lagi? Masih tak tahu agamanya sendiri lagi? Hal ini yang belum lepas dari penjajah lagi, masih belum bebas melaksanakan agama sendiri dalam negara sendiri! Hee malu pun ada.. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails