Tuesday, March 01, 2016

Tun Mahathir Pernah Membunuh UMNO Dan 2X Keluar UMNO.

DR. MAHATHIR menunjukkan surat rasmi mengenai keputusannya untuk keluar daripada UMNO semasa sidang akhbar di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan keluar daripada UMNO sekali lagi selepas melakukan tindakan yang sama lapan tahun lalu.
Beliau yang juga bekas Presiden UMNO berkata, isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali turut membuat keputusan serupa.
Dr. Mahathir, 90, difahamkan membuat keputusan tersebut selepas kerap bertentangan pendapat dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kemuncaknya penyingkiran anak beliau, Datuk Seri Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.
“Saya tidak bercadang untuk membentuk parti baharu dan jiwa saya masih UMNO. Cuma sekarang ini UMNO seolah-olah milik individu,” katanya pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini semalam.
Beliau bagaimanapun menafikan keputusannya keluar daripada parti mempunyai kaitan dengan kes penyingkiran Mukhriz.
“Jika saya mahu, saya boleh naikkan dia ketika saya memimpin negara, tetapi saya bukan jenis yang mempraktikkan nepotisme,” katanya.
Tambah Dr. Mahathir, beliau tidak mengajak mana-mana ahli UMNO untuk turut serta tetapi terserah kepada diri masing-masing untuk membuat keputusan.
Ini merupakan kali kedua Dr. Mahathir mengumumkan keluar daripada UMNO selepas kali pertama pada Mei 2008 iaitu ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.
Perdana Menteri (PM) pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman pernah keluar UMNO. PM ke3, Tun Hussien Onn pun pernah keluar UMNO. PM ke 4, Tun Mahathir pula dua kali keluar UMNO  dan pernah sekali membunuh UMNO. (IH)
Memperingati 30 Tahun Syuhada' Memali's photo.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails