Thursday, March 03, 2016

Harapkan Husam Ganti Mat Sabu -Shafie Salleh

mazlan-husamPenyokong Parti Amanah Negara (PAN), Shafie Salleh mengharapkan agar Datuk Husam Musa agar dipecat daripada PAS bagi membolehkan beliau mengambil alih jawatan Presiden PAN yang disandang oleh Mohamad Sabu.
Menurutnya, trend kepimpinan Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu mutakhir ini diragui oleh ahli parti sendiri.
“Semoga Dato Husam Musa dipecat dari PAS, kerana kepada beliaulah kita bergantung harapan supaya beliau memimpin Parti Amanah Negara (AMANAH).
“Kenyataan yang dikeluarkan oleh Abang Mat Sabu sejak akhir-akhir ini menampakkan bahawa beliau bukanlah Presiden yang bagus untuk AMANAH,”katanya dalam Facebook.
Menurutnya, penglibatan Husam dalam program ‘Selamatkan Malaysia’ anjuran PAN Johor membuktikan bekas Naib Presiden PAS itu satu-satu calon yang layak memimpin PAN bakal bakal calon Perdana Menteri.
“Pada saya secara peribadi inilah pemimpin paling layak memimpin AMANAH, seterusnya membawa kita ke Putrajaya. Seterus memerintah Malaysia.
“Dalam keadaan usia DSAI yang semakin bertambah, Dato Husamlah yang paling layak ganti DSAI untuk jadi PM,”katanya lagi.
Menurut Mazlan Aliman yang merupakan penganjur program Selamatkan Malaysia, selain Husam, Abby Abadi dan suaminya juga turut hadir ke program tersebut.
“Kehadiran masyarakat berbagai kaum, ahli dan penyokong Pakatan Harapan, PAS, NGO dan juga penyokong UMNO; menggambarkan kebersamaan dengan tema ‘SELAMATKAN MALAYSIA.
“Program malam ini adalah muqaddimah kepada gelombang perubahan seluruh rakyat yang mahukan BN ditolak dalam PRU 14. Isyaratnya telah di tunjukkan pada malam ini.
“Terima kasih atas kehadiran Dato’ Husam, pimpinan parti politik dan NGO, juga pasangan suami isteri Faizal dan Abby Abadi, rakan2 media. Tahniah kepada Sdr Abrary Ramli selaku Pengarah Program dan AJK serta para petugas Arif,”kata Mazlan yang juga Naib Ketua PAN Johor dan Ahli Jawatankuasa PAN pusat.
husam
Husam dalam ucapannya menyatakan beliau tidak teragak-agak untuk menyertai PAN jika pimpinan PAS tidak berubah dan tersesat haluan perjuangannya.
“Komitmen peribadi saya, kalau PAS bersama menongkat kemungkaran, komitmen peribadi saya adalah bersama tuan-tuan..”tegas Husam dalam program itu.
“Saya tidak minta dipecat. Saya tidak minta digantung. Saya minta parti saya berubah. Pemimpin saya berubah.
“Kalau pemimpin sudah rasa tersesat, dalam Islam, kita nak pemimpin itu dihenti. Kalau imam tu uzur, orang belakang imam itu mesti orang yang boleh ganti imam.
“Imam uzur, dia boleh ditegur..kita boleh tegur, tapi kalau dia berulang-ulang buat kesalahan sama, makmun boleh nasihat imam berundur, lantik imam yang lain.
“Saya masih berdoa pemimpin PAS berubah bersama dengan arus ini, tetapi kalau ditakdirkan PAS sudah tidak boleh lagi mengikut sunnah perubahan kerana keangkuhan pemimpin-pemimpin, kita rakyat Malaysia jalan terus. Saya bersama tuan-tuan. Nasib saya macam mana, rakyat yang tentukan. Kalau PAS tak benar saya bertanding, rakyat kata saya kena bertanding, bertanding di Johor (pun) tidak apa”kata Husam lagi
Sementara itu, Suhaizan Kayat yang juga Setiausaha Organisasi PAN memberitahu beliau bersama dengan Mazlan telah menghadiri acara menyambut kepulangan Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
“Bersama Sdr Mazlan Aliman dan Gabungan Selamatkan Malaysia menyambut Tan Sri Muhyiddin Yassin di KLIA.
“Semoga Tan Sri dapat terus menegur PM,”katanya dalam Facebook. (AIDCNews)
mazlan-muh1
mazlan-muh

3 comments:

An Anonymous said...

Sebab tu lah TGHH kata kita anti umbo bkn org umno..cuba tgk kat atas tu..depa sambut org umno ke parti umno.. baru sekarang korang paham kan..tapi kalu masih x paham konfirm bangang..

Tapi satu lg aku nk tambah..husam x perlu nk harap pemimpin pas berubah mcm PAN berubah buat parti sendiri utk jadi barua parti sosialis.. kalau dia rasa takkan jadi calon pas lagi eloklah dia keluar je parti masuk PAN..kan mudah sesangat tuh.. bukan ke matlamat dia nak dptkan jawatan jika kita teliti kenyataannya di atas tuh..

Anonymous said...

Olamak pas lurus bendol n bangang. Wala unta lagi kuat bangang n bodoh. They just follow like buffalow. Kahkah

Anonymous said...

anomouse 11.44.orang yang seperti kau inilah yang menjadikan Pas bercelaru .hendaknya lagi Presiden kau dah jadi haru biru ,tak suka parti Umno tetapi suka orang Umno .sama lah juga tak suka tong taik tetapi suka kepada taik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails