Thursday, March 03, 2016

Keputusan STPM 2015 Meningkat

PUTRAJAYA – Keputusan keseluruhan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2015 meningkat apabila mencatatkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) negara sebanyak 2.65 berbanding 2.62 pada 2014.
Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak bagaimanapun berkata, calon yang memperoleh PNGK 4.00 mencatat sedikit penurunan 0.11 peratus iaitu 0.80 pe­ratus atau 335 orang berbanding 0.91 peratus atau 390 dalam peperiksaan STPM 2014.
“Peratusan calon STPM 2015 yang mendapat PNGK 3.50 ke atas pula meningkat 11.22 peratus atau 4,711 calon daripada 10 peratus atau 4,285 pada tahun lalu.
“Begitu juga calon mempe­roleh PNGK 3.00 ke atas meningkat 31.36 peratus atau 13,340 calon manakala PNGK 2.50 ke atas, PNGK 2.00 ke atas dan lulus penuh dalam lima atau empat mata pelajaran turut meningkat antara 60.50 sehingga 83.85 peratus,” katanya pada sidang akhbar pengumuman keputusan peperiksaan STPM 2015 di sini semalam. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails