Tuesday, August 11, 2015

Terbongkarkah Punca Perpecahan PR, Dengan Kes Saman Khalid-Saifuddin Hari Ini?


Perbicaraan kes Khalid Ibrahim saman Saifuddin bermula hari ini.

PETALING JAYA: Perbicaraan kes saman bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bermula hari ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Perbicaraan itu dijadual selama empat hari. Khalid diwakili Edmund Bon manakala Wiliam Leong yang juga Ahli Parlimen Selayang dari PKR mewakili Saifuddin.

Khalid memfailkan saman terhadap Saifuddin pada 18 Ogos tahun lalu berhubung pengedaran dokumen laporan ‘Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor’, bertarikh 4 Ogos 2014 yang didakwa memfitnah beliau.

Dokumen itu dikeluarkan sebagai salah satu usaha PKR untuk menjatuhkan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu yang mengaitkan beliau dengan penyelesaian hutang Bank Islam.

Pada 9 Januari 2015, Saifuddin (yang kini Pengarah Pilihan Raya PKR) memfailkan permohonan bagi mendapatkan daripada Khalid beberapa dokumen berkenaan penyelesaian hutang di luar mahkamah antara Khalid dan Bank Islam atas alasan dokumen tersebut penting untuk menyokong kes saman terhadap beliau.

Mahkamah pada 18 Februari 2015 bagaimanapun menolak permohonan itu selepas mendapati permohonan yang difailkan oleh Saifuddin tidak mempunyai merit.

Khalid “dipaksa’ meletak jawatan Menteri Besar pada 21 September 2014 selepas melalui kemelut politik berpanjangan yang dimulakan menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang atau Langkah Kajang.

Ia juga bermulanya bibit-bibit perpecahan dalam Pakatan Rakyat apabila Pas tidak setuju khalid ditukar kerana PKR gagal memberikan bukti salah laku yang didakwa dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu.

Baru-baru ini, Pembantu Khas Khalid, Faekah Husin dilaporkan berkata, tiada satu bukti pun diberikan oleh pihak defendan dalam penyataan pembelaam berhubung dakwaan salah laku Khalid seperti yang didakwa.  - FMT

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dikatakan, Khalid “dipaksa’ meletak jawatan Menteri Besar pada 21 September 2014 selepas melalui kemelut politik berpanjangan yang dimulakan menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang atau Langkah Kajang. Maka bermulanya bibit-bibit perpecahan dalam Pakatan Rakyat..

Mengapa disalahkan kepada Presiden PAS saja? Akan  terbongkarkah punca perpecahan PR dengan kes saman Khalid-Saifuddin yang bermula pembicaraan hari ini? 

6 comments:

Anonymous said...

Kenapa nak salahkan Presiden PAS?
1) Presiden PAS menongkah arus
2) Presiden PAS cuba khianat PAKATAN
3) Presiden PAS punya hati yg busuk terhadap rakan dlm PAKATAN

4) dan seterusnya...
Banyak sangat ponteng sbb tu mcm org jodoh bila buat kenyataan

Anonymous said...

Pak Hasyim...

Kanapa perlu salahkan Presiden PAS sahaja? Tak mungkin Pak Hasyim tinggal di gua dan tidak tahu isu semasa kerana blog ini sering diupdate...Tidak mungkin Pak Hasyim tidak nampak apa kesalah Presiden PAS berhubung kes Selangor...

Tetapi mungkin Pak Hasyim tidak minat membaca blog lain yang banyak memperkitaikan keputusan, kewibawaan, kesetian dan akhlak Presiden PAS...atau mungkin juga PAk Hasyim adalah Walaun...

Anonymous said...

Dia nie pun sama macam preseden PAS mungkin ada juga hun jika TSK masih jadi MB sebab presiden PAS ada menantu dia ada jawatan dlam GLC selangor dengan gaji yang agak lumayan itulah sebabnya juga bila PR telah terkubur oleh kebodohan presiden sendiri maka pabila disuruh letak jawatan oleh sebab PR sudah tiada presiden sendiri keluar kenyataan yang PAS tidak putus hubungan dengan PKR wal hal semasa hendak buat bertukaran MB presiden sendiri mencerca dan menjatuhkan maruah presiden PKR ,apakah itu tiada menongkah arus namanya, sila buat pencerahan sat.

Anonymous said...

Apa lah kau Admin,Sebenarnya buka orang salahkan Pas tetapi atas sikap pas yang tidak bersam pakatan dalam apa juga isu.hadi dan pas terus menyokong Khalid padahal kahldi dalam PKR bukan Pas ,sepatutnya apa yng diputuskan oleh Pkatan Pas kena ikut sama,DAN disilah klemehan hadi ,tidak pandai mengambil kesempatan ini untuk menonjolkan diri sebagai peminpin berwibawa,Sekiar hadi olih menyelesaiakn isu ini dulu .hadi nampak kalibernya .begitu juga dengan isu2 lain ,selepas Anwar ditahan dan TGNA sudah kembal;i sepetutnya hadi bolih semua menyelesaikan apa juga masaalh dalam Pakatan .dan pakatan melihat ada seotrng peminpin yang kuat dan berani .Hadi bolih memnggil LKS dan Wan Azizizah dan selesaikan apa juga isu ,samada Huduh ,kes khalid,perpecahan dalam Pas ,apa juga ,sekirnay berjaya ,Hadi bolih terus dilantik sebagai peminpin tertinggi dalam Pakatabn dan tersu di calukan jadi PM bila pakatan menang,TETAPI disebabkan bodoh sombong dan Allah tidak izinkan jadilah Hdai sebagi peminpin kera sumbang,Faham ke admin.

Unknown said...

Kes Anwar PAS minta bukti,kes Khalid PAS minta bukti, kes Najib PAS minta bukti. alangkah istiqamahnya PAS dengan Islam.

Ibnu Hasyim said...

Semua cara fikir komen di atas kecuali Amin Tahar, berfikir dalam tempurung kepala otaknya sendiri. Komen tanpa fakta, hanya dengan emosi. Pada saya punca perpecahan PR bermula dengan Langkah Kajang yang dirancang PKR secara bersendirian. Rancangan bermula dengan penggulingan Khalid Ibrahim yang cuba diambil alih oleh Anwar atau isterinya.

Bila berlaku pertembungan dengan Sultan, Abdul Hadi tampil menyelamatkan suasana, hingga naiknya Azmin. Ini membuktikan Abdul Hadi berwibawa menjadi tokoh hebat antara pembangkan-pembangkang.

Ditakdirkan PRU akan datang menyebabkan UMNO/BN tersungkur, politik Malaysia mungkin jadi macam politik Selangor. Kalau terjadi begitu, Sosok Abdul Hadi amat penting sebagai penyelamat rakyat Malaysia. Bukan Anwar yang di dalam penjara, bukan juga Guan Eng atau Kit Siang.

Jangan perkecilkan Presiden PAS itu. Kita patut berbangga, kerana beliau satu-satunya orang Asia yang dipilih sebagai pimpinan majlis ulama sedunia, selepas presidennya Dr Yusuf Qardawi. Puluhan tahun Anwar Ibrahim berkawan dengan Yusuf Qardawi, tetapi Abdul Hadi yang dipilih sebagai timbalannya.

Kerana apa? Kerana dunia iktiraf ilmu dan kepimpinannya. Allahu Akbar! Hentikan mengejek-ejek presiden satu-satunya, parti Islam se Malaysia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails