Thursday, August 13, 2015

Guan Eng Digesa Tarik Balik Kenyataan 'Kumpulan Serpihan PAS'.


KL: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diseru supaya menarik balik kenyataannya yang menyebutkan Gerakan Harapan Baru (GHB) sebagai 'kumpulan serpihan PAS'. Hal ini menimbulkan kemarahan kepada penyokong-penyokong GHB.

Berita asal tersebut dari Malaysiakini berbunyi antaranya.

''Kerajaan Pulau Pinang sebulat suara berdiri teguh di belakang kumpulan serpihan PAS, Gerakan Harapan Baru (GHB), kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng malam tadi. Lim berkata beliau sebagai ketua menteri, timbalan beliau Rashid Hasnon dan P Ramasamy, dan semua anggota exco kerajaan negeri menyokong gerakan itu.

Dibentuk oleh 18 pemimpin PAS progresif yang kalah dalam pemilihan parti mereka Jun lalu, GHB bersedia untuk menjadi sebuah parti politik bagi menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang baru yang akan ditubuhkan tidak lama lagi selepas GHB didaftarkan. Ucapan Lim disambut tepukan gemuruh hadirin di majlis Aidilfitri bersama ketua menteri di Seberang Jaya malam tadi."

Kemarahan tersebut dapat dilihat apabila sebuah blog memberi komen dalam blog ini di bawah tajuk  'Banggakah Kita, P.Pinang Berdiri Teguh Di Belakang... '
Blogger Tulang Besi Malaysiawaves said...
Yg keluar tu bukan serpihan PAS tapi kekuatan PAS yang paling sebenar.
yg tinggal dalam PAS adalah serpihan masyarakat mcm Ibnu Hasyim
August 10, 2015 at 3:41 PM
Blogger Ibnu Hasyim said...
'serpihan PAS' itu istilah Guan Eng. Al-hamdulillah, saya sekarang ahli PAS tiada serpihan2.
August 10, 2015 at 3:55 PM
Blogger Tulang Besi Malaysiawaves said...
Ibnu Hasyim, mana Guan Eng ada sebut perkataan SERPIHAN PAS?
Ada nampak tak?
Yg jelasnya yg tinggal dalam PAS adalah serpihan-serpihan masyarakat.
Yakni spesis kera tunggal semata-mata.
Ibnu Hasyim bangga ke jadi Kera Tunggal?
August 10, 2015 at 4:00 PM
Blogger Tulang Besi Malaysiawaves said...
hadi Awang ni hidup dlm tempurung.
Dia tak mampu melihat dunia luas terbentang.
Kesian org mcm Ibnu Hasyim menjadi pengikut parti kera sumbang
August 10, 2015 at 4:03 PM
Blogger Ibnu Hasyim said...
Ini, 'Kerajaan Pulau Pinang sebulat suara berdiri teguh di belakang kumpulan serpihan PAS, Gerakan Harapan Baru (GHB), kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng malam tadi. (MK)
Baca elok-elok lidah Pakatan itu. Tulang besi dah tinggal tulang kot.
August 10, 2015 at 4:14 PM
Blogger Tulang Besi Malaysiawaves said...
Itu bukan dia cakap.
Itu laporan akhbar Ibnu Hasyim
August 10, 2015 at 4:19 PM

Blogger Ibnu Hasyim said...
Memangg jelas besi dah tak ada, dah tinggal tulang rupanya. Sampai baca pun tak tahu. Tengoklah Malaysiakini hari ni. Profesional lah sikit. Main bantah melulu..
August 10, 2015 at 4:39 PM
Blogger Ibnu Hasyim said...
Tulang besi, Guan Eng kata begitu kamu napikan. Lebih sudu yang kecil dari senduk yang besar. Jangan2 puak-puakmu lebih menolak hudud dari DAP? Lebih marah Presiden PAS dari Guan Eng?
Guan Eng tidak pernah kata Presiden PAS 'hidup dlm tempurung'!. Bimbang otak kamu yang dalam tempurung. Nak mengampu, lebih Guan Eng dari Guan Eng.
August 10, 2015 at 4:57 PM

"Maka dengan itu weblog ini menyeru Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya menarik balik kenyataannya yang menyebutkan Gerakan Harapan Baru (GHB) sebagai 'kumpulan serpihan PAS', demi menjaga hati kawan-kawan kita tersebut.

Tidak mungkin mereka terhina dengan kenyataan sifu mereka itu." Kata editor Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim.  (IH)

12 comments:

Anonymous said...

Tak boleh buat apa dah, u apan itu dari toley besar, terima sajalah nanti dilabel pengkhianat pulak. Tokey besar segalanya. GHB lahir pun melalui tokey besar.....

LIBERO said...

Serpihan pun serpiganlah asalkan jgn khianati dab mungkir janji serta melabel org lain dgn berbagai label

LIBERO said...

Serpihan pun serpiganlah asalkan jgn khianati dab mungkir janji serta melabel org lain dgn berbagai label

LIBERO said...

Serpihan pun serpiganlah asalkan jgn khianati dab mungkir janji serta melabel org lain dgn berbagai label

Anonymous said...

Kata TGHH Berkawan boleh tapi jangan jadikan wali......lalu teringat aku amaran Allah
"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani kepada kamu sehinggalah kamu mengikuti jalan-jalan mereka" (Al Baqarah:120)
Ahli PAS berkawan, bertahluf, berjiran, bermuamalat boleh kerana untuk kesejahteraan dunia tapi perlu berwaspada dengan amaran Allah dan kita telah dibekalkan panduan yang lengkap iaitu Al Quran dan Hadis Nabi.

Anonymous said...

Allah melalui Al Quran dan Hadis Nabi telah memberi tahu kita siapakah musuh Manusia/Islam:
1. Nafsu
2. Syaitan
3. Orang Munafik
4. Yahudi/Nasrani dan kafir-kafir yang lain
5. Orang Islam yang Hasad Dengki

Berwaspadalah wahai orang-orang beriman

Bukan Ikut-ikutan said...

Pilih lah sesiapa sj yg kamu mahu...tp sebagai umat islam pilihan mestilah yg membawa kepada redha Allah....bukannya redha manusia....

Anonymous said...

Aku tetap panggil SERPIHAN jugak. Nak nafi apa.
Kalau tak setuju macam mana kalau panggil 'Walaun DAP'. Ok gak....tentu semua cina suka nama tu ada bunyi macam Islam ala DAP.

Anonymous said...

Ahlul ghb memang toat pd khalifah guan eng.. ..

Anonymous said...

Kalau UMNO menang PRU 12 dan 13 dulu byk GURU SAR kat Pulau Pinang dan negeri negeri lain ciput aje gaji
Si Apek kat PP tulah naikkan elaun guru guru SAR tu
diikuti negeri negeri, Harap Melayu UMNO mampus pegi minta sedekahlah,
Tu yg PAS gila nak sokong sangat UMNO pasal melayu punya hal

Anonymous said...

Tak apa ... serpihan-serpihanlah ..... kami dah tak sokong PAS .... GHB akan memimpin parti islam yang tidak menjadi pengkhianat kepada rakan-rakan parti ...

Anonymous said...

pas
parti ajaran syiah kot
hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails