Wednesday, August 12, 2015

Formula P'raya Dr Mujahid: Bagaimana GHB Tandingi Di Kawasan Tandingan PAS, Tidak Untungkan BN?


Bolehkah dikatakan ini formula Dr Mujahid? Bagaimanakah Gerakan Harapan Baru (GHB) boleh beranding dalam pilihan raya di kawasan yang ditandingi oleh PAS, tetapi tidak menguntungkan BN?
Ajaib bukan?
Mungkin kerana itu GHB masih lagi berteka-teki sama ada akan meletakkan calonnya di kawasan yang ditandingi PAS atau bagaimana? Pun begitu, menurut Anggota Jawatankuasa Pengurusan GHB, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, perkara berhubung meletakkan calon pilihan raya masih lagi tiada asas untuk dibincangkan pada waktu ini. 
Katanya, keputusan untuk meletakkan calon di sesebuah kawasan memerlukan perbincangan dari segi teknikal daripada semua parti pembangkang. Ia bagi memastikan asas utama gerakan itu bertanding dalam pilihan raya adalah untuk mengalahkan BN dan bukan parti pembangkang yang lain, kata Mujahid.

Justeru itu, pengerusi penaja GHB Pulau Pinang itu berkata, apa yang menjadi keutamaan kini ialah untuk memastikan bahawa di sesebuah kawasan yang ditandingi tidak akan menguntungkan BN.

"Secara umumnya, dalam konteks pilihan raya, perkara itu perlu perbincangan dan persefahaman. Yang asasnya kita berdepan dengan BN. Bukan dengan PAS, PKR, DAP.
"Strateginya perlu dijadikan asas. Selagi menguntungkan BN, sudah tentu tak mahu ia berlaku. Tetapi ada juga keadaan kalau tak masuk (bertanding) akan untungkan BN.
"Itu adalah isu teknikal. Saya rasa belum ada asas lagi (untuk berbincang sama ada meletakkan calon atau tidak), Yang penting kena pastikan apa yang berlaku tak akan untungkan BN," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini.

Sebelum ini PAS melahirkan kebimbangan mereka dengan mengatakan bahawa GHB tidak patut meletakkan calon mereka dalam pilihan raya negeri Sarawak kerana dikhuatiri akan memecahkan undi pembangkang.

Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad, tindakan gerakan itu yang ingin meletakkan calon dalam pilihan raya negeri tersebut dilihat 'mengganggu' undi pembangkang berbanding BN. Exco Selangor itu juga berkata, sekiranya GHB benar-benar ikhlas dengan agenda politik mereka, gerakan itu perlu fokus menarik pengundi BN dan atas pagar.

GHB Sarawak sebelum ini mengeluarkan kenyataan kesediaan mereka untuk meletakkan calon dalam pilihan raya negeri itu akan datang. Tempoh penggal Dewan Undangan Negeri Sarawak ketika ini adalah sehingga Jun 2016.

Selain itu, ketika ditanya tidakkah GHB bimbang sekiranya berlaku pemecahan undi jika meletakkan calonnya, bekas ahli jawatankuasa PAS itu berkata perkara itu akan cuba dielakkan. Ia bagaimanapun terpulang kepada hasil perbincangan dengan parti pembangkang lain iaitu DAP dan PKR, katanya.

"(Pecah undi) pasti akan berlaku. Tetapi perlu lihat juga ruang-ruang lain supaya tak ada pertembungan. Kita juga terikat dengan DAP, PKR. Semua itu perlu ambil kira. Kita tak mahu keuntungan akan beri kemenangan pada BN dan pada masa sama, tak mahu pecahkan undi Pakatan. Perlu ada keseimbangan," jelasnya. (Saringan dari Malaysiakini.
)

10 comments:

Anonymous said...

Inilah YB makan taik yang hanya menyusahkan rakyat, aroma babi dan semangat komunis serta atas sokongan Lim Tokong cukup membuatkan otaknya jadi bengang.

Anonymous said...

Tanding jangan tak bertanding nanti Najib dan Rosmah senyum lebar.

Anonymous said...

Roket + Mata sebelah + Bulan + Formula bodoh + nasi kangkang + kajang movie + aiskrim + seluar dalam + lendir china doll + pil kuda. Cukup meriah kehidupan PR ni.

Anonymous said...

PARTI PAS DAN PERLEMBAGAANNYA TAK ADA YANG SALAH TAPI PEMIMPINNYA YANG SALAH DAN BERBUAT ONAR > SEMUA ini kerana DIA dan pemimpin jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI
1.dia fitnah calon pkr sbg penjual pil kuda?
2.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
3. dia cuba hasut azmin dgn jawatan mb?
4. Muktaman dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha
5. ahli mendoa laknat pemimpin2 pro?
6. ahli mengeboo pemimpin2 pro?
7. ahli2 memijak gambar2 pemimpin2 pro?
8. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
9. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang
10. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor?
11. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?
12. dia selalu ponteng sidang parlimen? Sekarang macam sayang Najib
13. dia mencanangkan hudud Allah swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng?
14. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula seronok gila guna Cai
dan banyak lagi...AKU MEMERHATI KEHAIRANAN KELAKU MEREKA

kiedentech said...

janji hadi anak awang takleh percaya kerana pernah letak calon lawan pkr walaupun sepakat satu lawan satu menunjukkan ia mempunyai sifat munafik yang nyata

bat8 said...

Tuan Haji

Sekarang ini equation politik sudah banyak beranjak dari dulu. Keadaan ekonomi yang semakin tak terkawal kenaikan kos sara hidup yg tak terkawal, GST, isu Najib, isu PAS dll lagi mengubah senario pengundian dlm PRU nanti.

Dr Mujahid agak bijak menjawab persoalan yang dilontarkan. Ia bergantung kepada fluidity senario politik apabila tiba masanya nanti. Jabatan Dato Islandar biasalah PAS, selalu tamak haloba. Dengan kepimpinan sekarang, PAS akan menghadapi masaalah untuk adapt kepada perubahan politik yang sedang berlaku. Segalanya akan nampak lebih jelas selepas 14 September ini apabila GHB menubuhkan parti mereka dengan rasmi.

IrWrWs said...

Pas dah byk bg kerusi pd PKR masa mula2 PKR ditubuhkan.. jadi x perlulah nak berbincang dengan GHB lagi..

IrWrWs said...

Tidak salah lawan calon pil kuda..

IrWrWs said...

SEMUA ini kerana DIA dan jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI

1.dia fitnah calon pkr sbg penjual pil kuda? (MAHKAMAH DAPATI TGHA X ADA MENUDUH SESIAPA SECARA KHUSUS JADI BELIAU TIDAK BERSALAH!)

2.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb? (KALAU LAYAK KENAPA SULTAN SGOR X MEMILIH BELIAU SBG MB?)

3. dia cuba hasut azmin dgn jawatan mb? (PAS BERHAK ATAU SULTAN YG BERHAK DLM MELANTIK JAWATAN MB?)

4. Muktamar dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha.. (DAP GUNA DUIT POKET SENDIRI KE BYR GAJI? INGATKAN GUNA DUIT RAKYAT TADI!)

5. ahli mendoa laknat pemimpin2 pro? (DOA UMUM MACAM DOA LAKNAT PADA UMNO JUGAK LAH!)

6. ahli mengeboo pemimpin2 pro? (BENAR.. KERANA GHB MASIH TAK MAHU KELUAR PAS WALAUPUN DAH ISYTIHAR PARTI BARU!)

7. ahli2 memijak gambar2 pemimpin2 pro? (TAK BOLEH KE? KALAU DAP MAKI HAMUN TGHA, GHB BUAT APA PULAK?)

8. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji? (JGN NAK BOHONG! PENERANGAN SUDAH DIBUAT DLM SALAH SATU MESYUARAT TAPI DAP TOLAK MENTAH2 WALAUPUN IA DIBUAT MENGIKUT LUNAS SISTEM DEMOKRASI IAITU MELALUI PARLIMEN! INI HANYA FITNAH GHB DAN KETUA MEREKA LGE!)

9. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang.. (KALAU GELARAN YG BETUL TIDAK SALAH.. SEUMPAMA SEORG YG MENCURI PATUT DIPANGGIL PENCURI!)

10. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor? (TAK.. KENAPA?)

11. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?(KENAPA? DI SGOR PUN DAP BAYAR GAJI KE?)

12. dia selalu ponteng sidang parlimen? (LGE TAK PERNAH PONTENG KE?)

13. dia mencanangkan hudud Allaha swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng? (ITU BARU PERMULAAN DAN AKAN DIBUAT PERINGKAT DEMI PERINGKAT.. X PERLU GOPOH!)

14. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula seronok gila guna Cai.. (IKUT KATA ASMAWI MUNI YG DAH MASUK GHB, CAI TIDAK LANGGAR PERATURAN KEMPEN.. PAHAM? JADI X ADA ISU!)

Ibnu Hasyim said...

T.kasih semua yang terlibat dalam polemik di blog ini. Juga t.kasih kepada Wan Rosli yang menjawab tuduhan kepada Presiden PAS.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails