Monday, August 10, 2015

Banggakah Kita, P.Pinang Berdiri Teguh Di Belakang Serpihan PAS?


Kerajaan Pulau Pinang sebulat suara berdiri teguh di belakang kumpulan serpihan PAS, Gerakan Harapan Baru (GHB), kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng malam tadi. Lim berkata beliau sebagai ketua menteri, timbalan beliau Rashid Hasnon dan P Ramasamy, dan semua anggota exco kerajaan negeri menyokong gerakan itu.

Dibentuk oleh 18 pemimpin PAS progresif yang kalah dalam pemilihan parti mereka Jun lalu, GHB bersedia untuk menjadi sebuah parti politik bagi menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang baru yang akan ditubuhkan tidak lama lagi selepas GHB didaftarkan.

Ucapan Lim disambut tepukan gemuruh hadirin di majlis Aidilfitri bersama ketua menteri di Seberang Jaya malam tadi. Menurutnya, ia adalah pendirian kerajaan Pulau Pinang dan tiada siapa yang menentang keputusan kerajaan negeri itu. Tegasnya, jika ada yang menentang keputusan itu, mereka bukan dari kerajaan negeri.

"Tanpa sebarang keraguan, kerajaan Pulau Pinang menyokong penuh Gerakan Harapan Baru," katanya disambut tepukan gemuruh.

Turut hadir ialah ketua Parlimen DAP yang juga MP Gelang Patah, Lim Kit Siang, dan pemimpin utama GHB termasuk Mohamad Sabu, Datuk Mujahid Yusof Rawa (MP Parit Buntar) dan Khalid Samad (MP Shah Alam).
Di majlis itu, pemimpin DAP, PKR dan pemimpin GHB memotong kek besar sebagai menandakan "perpaduan" dalam gerakan baru itu. (MK)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sekadar membuka minda..
Banggakah kita bila kerajaan Pulau Pinang berdiri teguh di belakang serpihan PAS selaku parti Islam di Malaysia? Sejak bila perjuangan PAS mewujudkan negara Islam ditarik balik atau dibatalkan perjuangan Islamnya, sehingga Presidennya tidak layak lagi diiktiraf sebagai pemimpin Islam, dan partinya sudah tidak Islamik lagi sehingga perlu ditubuhkan parti baru (mungkin parti Islam baru yang tidak disebut Islamnya?)
Adakah perjuangan Nabi SAW semasa menegakkan Islam di Mekah dan Madinah tidak mahu dilebelkan perjuangan 'Islam' kerana strategi untuk menawan masyarakat majmuk kepelbagaian kaum di Mekah/Madinah seperti Malaysia ini, supaya menyokong perjuangan beliau? Terdapatkah dua jamaah semasa perjuangan Nabi tersebut? Dan ada pula jamaah yang disokong oleh kelumpuk Abu Lahab dan Abu Jahal?
Mari kita sama-sama menbuka minda melihatnya..

35 comments:

Anonymous said...

Aku bangga.

Anonymous said...

Undi pakai cai islamik ke? jawab tu dulu. Pandang dari sudut positif. Jgn ingat anda lebih islamik dari org lain dan tuduh org tak islamik.

Anonymous said...

biaq pi kat depa la... pas dah tak mau depa, dok kalut apa, tah..tah dok sayang lagi kot. hampa pas buat kerja hampa, tak sah dok pikiaq bab depa tu..siap daftar parti baru, depa pakat keluaq pas.. habeh cerita,dok maki depa pun, tak jadi kebenda.. last last pas jadi perangai umno

Anonymous said...

Aku pon bangga ...... kerana DAP sentiasa membela mereka yang dianaiya ....baik dianaiya Melayu UMNO dan Melayu PAS .... !

Anonymous said...

Pirahhh blogger ni nak bercakap mengenai Islamik konon ...posting blog beliau selama ini hanya berkisar pasal burit, sex, perempuan.....Jika awak tak percaya kepada sokongan China DAP, ramai lagi tak percaya kepada keiklasan Haji Hadi dan kepimpinan ulamak penipu. Siapa awak nak tentukan orang lain sesat? ....sedangkan Haji hadi sendiri macam sudah hilang akal...dulu difatwanya ahli umno KAFIR, kini mangkok tu sendiri tergila-gila nak bersekongkol dengan Si Kafir...apa UMNO sudah insaf dan bersetuju melaksanakan Islam? Jika kau percaya , kau patut percaya cerita babi dah boleh terbang....

Dalam berpolitik ni tiada rakan sejati ...dulu pemimpin G18 disanjung dan dipuja...kini mereka dianggap pembelot dan pengkhianat oleh ulamak dalam PAS. Biarlah mereka membawa diri dan tak perlu kau sebuk mencampuri urusan mereka. Pergilah kau BERBANGGA dengan Haji Hadi kau tu..... kami dah menyampah dan menganggap beliau seorang MUNAFIK.

Ibnu Hasyim said...

Komen boleh, tapi jangan mencarut seperti di atas. Jelas bukan orang PAS yang komen begitu. Mencarut lagi, kita akan buang komen itu.

Anonymous said...

Biasalah komen mcm tu.. pkr ni pon serpihan umno.. tak heranlah perangai umno masih ada... perpecahan pas ni pun ada hikmahnya... kita dapat tahu perangai sebenar mereka...

Anonymous said...

Biasalah komen mcm tu.. pkr ni pon serpihan umno.. tak heranlah perangai umno masih ada... perpecahan pas ni pun ada hikmahnya... kita dapat tahu perangai sebenar mereka...

Unknown said...

saya masih ahli PAS dan berjawatan di peringkat caw dan kaw. Dana sy berbangga dgn kjaan p. pinang iktiraf GHB. saya sudah hilang kepercayaan dgn pemimpon chai pas skg

Anonymous said...

aku masih menunggu LGE mengucap 2 kalimah syahadah.

Unknown said...

Janganlah dibandingkan pimpinan PAS sekarang ni dengan nabi. Nabi tidak pernah buat salah atau silap dalam apa sahaja tindakan dan kata-katanya.Tetapi pemimpin PAS dewasa ini bukan NABI, ingat tu. Jadi kesalahan dan kesilapan pasti dilakukan hingga menyebabkan perjuangan PAS sudah terpesong dari landasannya. Maka atas sebab itulah yang menyebabkan sebahagian ahli menentang.

Anonymous said...

Senang kira mcm ni ja....
Kita berbicara pasal politik...
Sekarang kita tengok..
PAS ka atau GHB yg berpolitik pakai otak yg cerdik (PAS asyik bergaduh sesama sendiri dan cuba bermusuh dgn rakan pakatan)?
Kita tengok jugak...
PAS ka atau GHB yg berpolitik ikut suasana negara semasa (PAS mundur kebelakang)
Kita tengok lagi..
PAS ka atau GHB yg berpolitik yg mahu betul2 mengambil-alih pemerintahan Puterajaya (PAS dah bg tahu itu bukan cita2nya)
Kita tengok terus...
PAS ka atau GHB yg mempunyai strategi politik yg menarik dan terkini (PAS dah hampir sama dgn umno..perkasa..pertubuhan JATI dari Hassan Ali)

Jadi dari situ pun kita boleh menilai dimana kedudukkan PAS.

Kalau nak berdakwah...lebih baik PAS jafi vadan dakwah. Rakyat lg homat mereka. Dan mmg sepatutnya fihormati sbb neteka ahli agama. Tapi bila berpolitik...perangai tak ubah mcm Hassan Ali mcm PERKASA...maka..SORRY LA...


bunbinban said...

aku setuju dgn anon 1:01. Blogger tua ni klau posting mesti psl lucah je. Pastu bajet islamik giler. Ko bangga presideng ko panggil ahli sendiri barua jebon tolol..kalau ko bangga gelaran tu selayaknya utk ko. Bajet ikut nabi kononnya. Fitnah org x hengat dunia. Pastu perasan ada kuasa veto mcm sial. pirahhh org tua mabuk pil kuda

Anonymous said...

Salam admin,

Hadi dan lebai2 pas skang ni yang merosak kan imej Islam. Dalam agama apa pun tak ajar maki, fitnah, memungkiri janji sesama makhluk Allah.

Salam
farid

Anonymous said...

Saya penyokong tegar Pas sejak remaja. Sekarang dah 60 lebih. Kenal sgt cara pembawaan TGNA dan perbezaan nya dg cara TGHH. Maaf admin, TGHH sukar utk jadi nakhoda yg baik. Sejak apa yg terjadi pd gol progressive, saya sudah hilang kepercayaan kpd TGHH, langkahnya banyak yg kelihatan sumbang dan lurus bendul.

Anonymous said...

Tak heranlah mana2 pemimpin dan manusia yang suka aroma babi pasti akan disokong oleh Lim Guan Eng dan Lim Kit Sial.

ramboo-t said...

Masuk dap sj la..menyusahkn org sj..letak jwtn segera..sapot ulamak..tolak biawak(ghb)

Anonymous said...

Sebenarnya Lim Tokong tak perlu istiharpun kita dah tahu.Dia dan Mat Sabu adalah sehati sejiwa dan kedua2nya pemuja Parti Komunis Malaya.

Anonymous said...

Kita agama tak buang la bro..
Tapi bila berpolitik menuju ke belakang...tak ada cita2 nak mengambil alih puterajaya..malah menunjukkan sikap cuba berbaik dgn musuh politik..pengundi tak akan terima punya. Sorry...pengundi letih membeti sokongan mereka selama ini..tiba2..bila menang dan diberi pangkat..jadi khianat cuba berpakat dgn musuh politik. Siapa tak marah...
Kemudian dek kerana terpengaruh dgn mainan slogan Hassan Ali dan Nasharuddin..maka sanggup bermusuhan dgn rakan dan ahli sendiri.
Tak ke CELAKA namanya pemimpin yg gitu.

Anonymous said...

Sepatutnya setelah golongan ulama menang hari, tindakan yang paling utama adalah mengatasi perpecahan yang sudah dijangkakan ini. Tapi apa yang berlaku adalah terus menghentam mereka yang kalah. Ini akan menyebabkab yang kalah terasa memang pemimpin Pas yang ada sekarang ini mahu meraka itu keluar dari pas.

Unknown said...

Ambo setuju sangat pendapat anda. Ambo tak sabar menanti hari mengundi. Ramai mahu melihat nasib pascai setelah pmimpin ug mereka berasa dah kuat skarang. Pascai akan jd parti cai selepas ini.

Tulang Besi said...

Yg keluar tu bukan serpihan PAS tapi kekuatan PAS yang paling sebenar.

yg tinggal dalam PAS adalah serpihan masyarakat mcm Ibnu Hasyim

Anonymous said...

Saya pula bukan ahli pas.. tapi saya bangga dgn pimpinan pas sekarang.. minta maaf GHB anda bukan pilihan saya dan saya tak percaya pada gabungn anda..

Ibnu Hasyim said...

'serpihan PAS' itu istilah Guan Eng. Al-hamdulillah, saya sekarang ahli PAS tiada serpihan2.

Tulang Besi said...

Ibnu Hasyim, mana Guan Eng ada sebut perkataan SERPIHAN PAS?

Ada nampak tak?

Yg jelasnya yg tinggal dalam PAS adalah serpihan-serpihan masyarakat.

Yakni spesis kera tunggal semata-mata.

Ibnu Hasyim bangga ke jadi Kera Tunggal?

Tulang Besi said...

hadi Awang ni hidup dlm tempurung.

Dia tak mampu melihat dunia luas terbentang.

Kesian org mcm Ibnu Hasyim menjadi pengikut parti kera sumbang

Ibnu Hasyim said...

Ini, 'Kerajaan Pulau Pinang sebulat suara berdiri teguh di belakang kumpulan serpihan PAS, Gerakan Harapan Baru (GHB), kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng malam tadi. (MK)

Baca elok-elok lidah Pakatan itu. Tulang besi dah tinggal tulang kot.

Tulang Besi said...

Itu bukan dia cakap.

Itu laporan akhbar Ibnu Hasyim

Anonymous said...

Tulang besi tapi otak cap cencalok.. berserabut aku baca komen ko.. kah kah kah kah

Anonymous said...

Bro...
Kita pun tahu pasal agama
Tapi..kita tidak la bodoh semacam PAS dibodohkan oleh umno
PAS bercakap seolah2 mcm anjing umno malah kadangkala lebih umno dari umno...mengatakan GHB diperkudakan oleh DAP

Itu silapnya PAS.

Ibnu Hasyim said...

Memangg jelas besi dah tak ada, dah tinggal tulang rupanya. Sampai baca pun tak tahu. Tengoklah Malaysiakini hari ni. Profesional lah sikit. Main bantah melulu..

Ibnu Hasyim said...

Tulang besi, Guan Eng kata begitu kamu napikan. Lebih sudu yang kecil dari senduk yang besar. Jangan2 puak-puakmu lebih menolak hudud dari DAP? Lebih marah Presiden PAS dari Guan Eng?

Guan Eng tidak pernah kata Presiden PAS'hidup dlm tempurung'!. Bimbang otak kamu yang i dalam tempurung. Nak mengampu, lebih Guan Eng dari Guan Eng.

bunbinban said...

serpihan ke apa ke yg jelas PAS dah sumbing. kahkahkah..Suka hati ko la blogger tua. Korang dah halau dah kutuk dah hina dgn mcm2 gelaran pastu bajet korang ulamak?. Islamik?. Cermin diri la. Org x nyampah kat PAS tapi org nyampah dan mual dgn golongan yg terjerit jerit ngaku ulamak tapi hidup dgn memfitnah sesama islam.

Anonymous said...

Org GHB ni cakap je besar tp habuk pn tarak.. bukan pandai buat kerja.. menyalak, merengek dan merintih je kejenya.. asyik2 ulang benda yg sama je ayat dia.. pusing2 pun situ jgk.. phuiii

Anonymous said...

ade jugak puja TGNA pastu kutuk nista TGHA - kenal tak siapa TGNA.walaun cina DAP -tp bersembunyi bersama pejuang ketum..insaflah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails