Saturday, March 21, 2015

Wanita Melayu/Islam Ini Hina Hudud, Mufti Saran Bertaubat..



KL: Menjadi viral di laman-laman sosial semalam kisah seorang wanita yang bernama Aisyah Tajuddin yang dikatakan telah menghina hukum hudud yang bakal dilaksanakan di Negeri Kelantan.

Pengacara stesen radio BFM, Aisyah Tajuddin semalam menerima kecaman hebat termasuk ugutan bunuh dan rogol daripada pengguna media sosial selepas dia mempersoalkan sama ada hukum hudud boleh meningkatkan ekonomi negeri Kelantan menerusi klip video di YouTube.

Aisyah, 27, mengkritik dengan sinis sistem undang-undang hudud itu melalui klip video bertajuk Hudud Isi Periuk Nasi? yang dimuat naik di laman tersebut dan ditonton sebanyak 279,031 kali sejak kelmarin.

Rakaman video tersebut yang berdurasi satu minit 56 saat memaparkan Aisyah tampil dengan memakai tudung mendakwa Kelantan lebih mengutamakan isu hudud berbanding sosioekonomi rakyat di negeri berkenaan.


Semalam, pihak BFM telah tampil menjawab perkara ini dan memohon maaf dengan video yang dihasilkan mereka itu yang dikatakan telah di'salah tafsir' oleh orang ramai.

Menurut pihak BFM video tersebut dihasilkan adalah hanya sekadar satira kerana mereka menganggap hudud belum sesuai dilaksanakan di Negeri Kelantan kerana keadaan ekonomi semasa dan negeri tersebut baru sahaja ditimpa musibah banjir.

Mereka yang telah menarik balik video tersebut agak kesal kerana Aisyah Tajuddin telah menerima ugutan bunuh dan rogol dari pihak tertentu. Dikatakan jug Aisyah hanya melakonkan watak tersebut dan apa yang dicakapkan oleh beliau hanya mengikut skrip yang telah diberi oleh BFM.

Selain kenyataan dari BFM, pihak mufti Negeri Kelantan, Datuk Muhamad Shukri Muhamad, juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan Aisyah tersebut adalah keterlaluan dan dia harus bertaubat kerana boleh terpesong akidah.

Umat Islam yang mempersendakan hukum hudud sama ada secara lisan atau melalui rakaman video perlu segera bertaubat sebelum terlambat. Katanya, mereka yang melakukan secara sedar dan bukan secara jahil boleh jejaskan akidah dan pegangan agama.

"Sebagai umat Islam, kita perlu faham hukum ini dan menunjukkan contoh yang baik kepada orang bukan Islam supaya mereka hormat dengan hukum ini.
"Sebaliknya umat Islam sendiri yang tidak faham dan menjadikan hukum ini sebagai suka-suka," katanya.

Video: Rujuk di sini..  Siakapkeli.com.my 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bukan 'salah tafsir' penghinaan itu, tetapi salah cakap, atau sengaja menghina Islam. Nampaknya masih degil tak mahu mengaku salah. Siapa agak-agak di belakangnya ataupun dia sendiri berfikiran begitu.. Ya.. Bawa-bawa bertaubatlah.

Lihat lagi..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

1 comment:

Anonymous said...

Tak sesuai pada masa sekarang,maksud dia tak kena pada masa begitu?,bukan ke hukum allah tu di wajibkan ribuan tahun dahulu lagi,kita ni umat mana?kepulauan melayu dah ratusan tahun terima islam betul tak? Terima islam kena la terima hukum,kiamat besar bila bila masa je lagi,tak termasuk dengan kiamat diri sendiri yang pasti,tak kan nyawa di halkum baru nak terima hukum,dah terlewat beb!!, remaja malaysia kini telah ramai yang dahaga kan agama dan mencari agama,tak kan kita pulak nak tolak...tak sedar lagi ke kita sekarang allah timpa bala bertimpa timpa atau kita nak jadi salah satu bangsa yang terhapus dari muka bumi terdahulu sebelum kiamat besar berlaku sebagaimana kaum kaum dan umat terdahulu,nak ke kita jadi bangsa yang terbenam ke dalam bumi lepas tu di ubah jadi rupa binatang,come on la brother and sister kalu terus begini semua akan terkena bala allah akan datangkan sekali tak kira dalam negara tu ada orang beriman atau tak,pasal hukum hudud ni tolong la faham sikit itu hukum allah bukan ciptaan manusia,hukum yang allah suruh,yang kita kita semua memuji nya sepanjang masa,tak malu ke kita mengaku mengaku beriman tapi menolak hukum yang di cipta oleh nya, cuba ingat nabi dah pesan kita ni ada alam lain yang kekal abadi,baik buruk alam lain nanti di dunia ni ujiannye,kepada penerbit dan pengulas serta pelakon serta orang yang terlibat dalam video satira ni ,fikir fikir lah jika anda rasa anda adalah orang islam,jika bukan hope anda and friend dapat hidayah nanti kesian anda anda semua kot la dah di sana nanti nak buat come back dah tak boleh lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails