Monday, March 16, 2015

Kecewa Presiden, AJK PAS Batu Letak Jawatan.

KL: Barisan pemimpin PAS Batu mengumumkan peletakan jawatan mereka serta merta kerana kecewa dengan kepimpinan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Yang Dipertua PAS Batu, Ishak Surin berkata, mereka hanya akan kembali ke jawatan itu selepas Hadi berjaya memulihkan hubungan PAS dengan parti anggota Pakatan Rakyat yang lain.

“Dengan pengistiharan ini, sekali gus gugurlah dengan serta–merta segala jawatan yang diamanahkan kepada kami dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan Batu kali ke-29 (2013) yang lalu.
“Kami berharap pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Batu kali ke-30 yang akan berlangsung pada 19 April 2014 depan, tiada sebarang cawangan dan dewan-dewan yang mencalonkan kami untuk sebarang jawatan di peringkat PAS kawasan Batu,” kata Ishak.

Dalam sidang media itu, Ishak berkata, 17 orang daripada 25 orang pemimpin PAS Batu menandatangani persetujuan untuk tindakan bermufarakah ini.

Ia melibatkan Ishak sendiri di jawatan yang dipertua selain timbalan, baib yang dipertua, setiausaha, ketua penerangan, pengarah pilihanraya, bendahari dan 9 orang ahli jawatankuasa.

Ishak Surin menjelaskan, tindakan “bermufarakah” bererti tidak lagi bersetuju atau mengikut presiden tetapi tidak keluar daripada parti atau Pas. – MalaysiaKini

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails