Wednesday, March 18, 2015

Sembelih! 4 Lelaki Pengintip IS..


SEMBELIH! Kumpulan militan Negara Islam (IS) mendedahkan gambar baharu mengenai hukuman mati yang dilakukan terhadap empat lelaki yang didakwa sebagai pengintip kerajaan Iraq.

Gambar ngeri bertajuk 'menghaspuskan pengintip' didakwa diambil di wilayah Salahuddin sebelum dimuat naik ke laman sosial. Menurut kapsyen pada gambar berkenaan, empat lelaki terbabit yang merupakan pengintip bagi kerajaan Iraq telah dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah Islam kumpulan itu.

Menerusi gambar itu juga tiada orang awam kelihatan menyaksikan hukuman mati tersebut walaupun ia dilakukan di tempat terbuka. Gambar yang bermula dengan lima lelaki berdiri di belakang tawanan berakhir dengan mangsa telah disembelih manakala kepala diletakkan di belakang badan.

IS beberapa hari lalu turut mendedahkan gambar hukuman tembak terhadap sekumpulan lelaki yang turut didakwa sebagai pengintip. Hukuman itu turut tidak dilakukan di depan khalayak awam, walaupun dilaksanakan di tempat terbuka. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails