Sunday, March 15, 2015

Nama Jalan Karpal Singh Diwujudkan, Mana Jalan Nik Aziz?

Karpal Singh
JOM KREATIF
TERKEJUTKAH kita bila melihat nama mendiang Karpal Singh, jadi nama jalan raya di Malaysia? Di Pahang pulak tu..

Karpal terkenal sebagai pembangkang dalam parti politik Malaysia, penentang undang-undang Islam Hudud yang di bawa oleh PAS untuk dilaksanakan di negara majmuk ini. Tiba-tiba namanya naik, disanjung, diabadikan pada nama jalan raya di negara ini, pelik bukan? Ada ke dalam sejarah Malaysia, nama dari pemimpin parti pembangkang diabadikan pada nama jalan oleh kerajaan Persekutuan?

Rupanya gambar itu hanya direkacipta oleh seorang warga Malaysia yang kini bermaustautin di Sydney Australia, menyeru kerajaan Malaysia untuk mengiktiraf wira negara yang tidak didendang dengan mengabadikan nama mereka sebagai nama jalan raya di Malaysia. Sungguh kreatif.

Dia, adalah pereka grafik, pencerita dan aktivis kepelbagaian kaum Kevin Bathman menerusi akaun Facebooknya telah memuat naik beberapa gambar papan tanda jalan raya yang telah diubahsuai di album “Malaysian Street Sign Tribute for Unsung Heroes", seperti dilaporkan oleh Astro Awani.

“Secara jujur, saya buat ini untuk suka-suka. Saya ikuti perkembangan Malaysia dan ini adalah peluang saya untuk memberikan respon dalam bentuk sebuah kerja seni. Saya juga terfikir tentang sumbangan beberapa personaliti rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama kepada negara.

“Inilah masanya untuk sumbangan mereka diiktiraf,” kata Bathman ketika dihubungi Astro Awani.

Berikut adalah antara nama-nama yang beliau rasakan layak menerima pengiktirafan tersebut:

Irene Fernandes yang merupakan pengasas dan pengarah eksekutif pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Tenaganita. Beliau meninggal dunia pada 31 Mac 2014.
Yasmin Ahmad, pengarah filem tersohor yang terkenal dengan filem-filem seperti Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf dan Talentime. Beliau meninggal dunia akibat angin ahmar pada 25 Julai 2009
Karpal Singh, bekas Pengerusi DAP yang juga peguam terhormat dan pernah digelar 'Harimau Jelutong' kerana kesukarannya untuk ditewaskan dalam pertandingan kerusi Parlimen Jelutong sebelum pilihanraya umum pada 1999.
Nicol David, pemain skuasy nombor 1 dunia dan pada Februari lalu mencipta rekod baharu apabila bertahan sebagai pemain skuasy nombor satu dunia selama 106 bulan dalam senarai Persatuan Squasy Wanita (WSA).

Antara nama-nama lain yang perlu diiktiraf adalah peguam Ambiga Sreenevasan, kartunis Lat, penari dan koreografer Ramli Ibrahim, penghibur terkenal Datuk Sudirman, pereka kasut Datuk Jimmy Choo  dan jururawat Sybil Kathigasu.

Demikianlah cara berfikir satu juzuk dari sebahagian rakyat Malaysia, yang tidak nampak sumbangan pemimpin-pemimpin lain dari ' bawah tempurung fikir' mereka, terutama dari kalangan pemimpin-pemimpin Islam. Apalagi kalau dari pemimpin parti pembangkang seperti Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia baru-baru ini, bekas MB Kelantan yang dicemuh siangmalam oleh pemerintah semasa hidupnya. Dan lain-lain. (IH)

Lihat lagi Jom Kreatif... Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik: 1 Hingga 3
Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik: 1 Hingga 3  
E-Buku IH-68: Siri 3

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails