Saturday, March 21, 2015

Isu Dana 1MDB, Najib Saman Harakah.


KL: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Urusan Harakah, Dr. Rosli Yaakob dan Ketua Pengarang Portal Harakah Daily, Taufek Yahya berhubung isu dana 1MDB.


Najib memfailkan saman itu pada Rabu lalu menerusi Tetuan Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini. Writ saman itu diperoleh pemberita semalam selepas peguam Fahmi Adilah yang mewakili Najib menye­rahkan saman itu kepada Rosli dan Taufek di pejabat Harakah di sini. (IH)

2 comments:

Anonymous said...

bagusssss...biar semua terbarai dimahkamah..

Anonymous said...

Duk percaya UMNO lagi ? Padan dengan muka PAS lepas ni Harakah tutup sebab takde duit nak bayar saman. Orang PAS pergi sembah UMNO lagi tak sedar kena main dengan UMNO. Hudud ni pun UMNO dah habaq TIADA ARAHAN PARTI KEPADA AHLI PARLIMEN UMNO UNTUK SOKONG RANG UNDANG-UNDANG HUDUD PAS NI. SEMUA AHLI PARLIMEN UMNO DIBENARKAN UNTUK MENGUNDI MENGIKUT SUARA HATI MASING-MASING.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails