Sunday, March 15, 2015

India: Perogol DiHukum Di Khalayak Ramai Menyamai Hudud?


RAKAMAN menunjukkan salah seorang lelaki memukul suspek yang didakwa merogol dan membunuh seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di Kampung Meluri, negeri Nagaland, India.
NAGALAND, India: Seorang lelaki telah diseksa sehingga mati oleh lebih 1,000 perusuh yang mengamuk selepas pe­nemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di sini.

Satu rakaman video me­nunjukkan lelaki bernama Ibo Cha, 18, yang merupakan suspek rogol itu diseksa secara berterusan di Kampung Meluri di Nagaland iaitu negeri sama seorang lagi suspek rogol, Syed Sarif Khan dibunuh awal bulan ini. Kedua-dua suspek yang dibogelkan sebelum dibunuh itu belum didakwa atas sebarang jenayah.

Video terbaharu itu bagaimanapun didakwa telah dirakam pada September tahun lalu dan cuma didedahkan selepas Syed Sarif diculik dari penjara di bandar Dimapur sebelum sekumpulan perusuh memukulnya sehingga mati awal bulan ini.

Dalam rakaman itu, Ibo diheret ke tengah perkampungan tersebut, dibogelkan dan diikat dengan tali sebelum kumpulan perusuh mengambil giliran memukulnya selama satu jam. Seorang daripada perusuh itu kelihatan menjadi ‘ketua’ bagi menghalang dia dipukul dengan kuat di peringkat awal sebagai satu seksaan supaya lelaki itu mati secara perlahan-lahan.

Ketua Polis Nagaland, Wabang Jamir mendedahkan, Ibo belum ditangkap ketika itu dan penduduk kampung telah mengambil tindakan sendiri sebelum pihak polis sempat campur tangan.

“Kami tidak dimaklumkan tentang kanak-kanak itu dirogol dan dibunuh. Malangnya tiada laporan dibuat dan polis cuma mendapat tahu tentang kes itu selepas kejadian suspek itu dibelasah sehingga mati.
“Tiga laporan awal telah didaftarkan untuk pembunuhan Ibo tetapi siasatan masih dijalankan. Tiada sesiapa ditahan buat masa ini tetapi kami yakin dapat mencari pihak bertanggungjawab tidak lama lagi,” katanya.

Mayat kanak-kanak malang itu ditemui di sebuah hutan satu kilometer dari kampung Meluri September lalu menyebabkan penduduk berang dan cuba mencari pembunuhnya. Ibo yang juga jiran kanak-kanak itu dipercayai sebagai suspek utama selepas dia cuba lari dari kampung tersebut.
– Agensi.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Dari sudut hukuman dilakukan di khalayak ramai adakah menyamai hudud?

Sila lihat..
E-Buku IH-64: Rogol Di India

E-Buku IH-64: Rogol Di India

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails