Sunday, March 15, 2015

3 PAS Kawasan Mesyuarat, A/Hadi Belum Dicalon Presiden.

KUALA LUMPUR: Tiga PAS Kawasan telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) hari ini dan tidak ada satu pun menamakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) untuk kekal sebagai presiden PAS.

PAS Kawasan Kota Bharu telah menamakan Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon untuk jawatan presiden parti manakala PAS Kawasan Kota Tinggi mencalonkan seorang lagi Naib Presiden, Datuk Husam Musa sebagai calon untuk bertanding jawatan presiden parti.

Manakala PAS kawasan Parit Sulong menyerahkan kepada Jawatankuasa yang dipilih menerusi AGM yang diadakan untuk menentukan sama ada menamakan calon untuk bertanding jawatan Presiden parti atau sebaliknya.

Difahamkan PAS Kawasan Parit Sulong cenderung untuk menamakan calon lain selain Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi jawatan presiden parti. PAS Kawasan Parit Sulong juga akan memilih calon yang tidak akan menarik diri selepas namanya dicalonkan untuk jawatan Presiden PAS.

"Selain tiga kawasan yang telah selesai, ada beberapa kawasan di Sabah yang akan mengadakan AGM mereka juga dijangka tidak mencalonkan Abdul Hadi.
"Ini merupakan satu signal kepada Abdul Hadi supaya tidak bertanding dan memberi laluan kepada calon lain untuk memegang jawatan Presiden PAS.
"Ini bukan tidak hormat ulama seperti yang digembar-gemburkan tetapi mereka (PAS Kawasan) memikirkan perlu ada tokoh lain mengetuai parti," kata sumber tersebut kepada Astro Awani.

PAS Kawasan Kota Bharu merupakan yang pertama mengadakan AGM dan menamakan calon lain selain Abdul Hadi untuk jawatan presiden.

Namun, calon yang dinamakan, Tuan Ibrahim menolak pencalonan tersebut dan menyatakan beliau hanya bersedia untuk mencabar Mohamad Sabu untuk jawatan Timbalan Presiden PAS.

Manakala Mursyidul Am PAS yang baharu dilantik, Datuk Dr Haron Din dilaporkan sebagai berkata belum masanya Presiden PAS ditukar. (AstroAwani)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?

E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails