Thursday, March 19, 2015

Setiap Orang Muslim Wajib Menyokong Hudud -UMNO K'tan




Md Alwi Che Ahmad.

KL:: Setiap orang muslim wajib menyokong Hudud.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata Umno menyokong pindaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 atau lebih dikenali sebagai undang-undang hudud kerana ia merupakan hukum Allah dan bukannya politik. 

"Undang-undang hudud melepasi batasan politik, kerana ia hukum Allah. Setiap orang muslim wajib menyokongnya.
"Saya sokong hudud kerana Allah. Umno juga sokong (hudud) kerana Allah bukan politik," katanya ketika membahaskan pindaan Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 di sidang DUN Kelantan pada Rabu.

Mengulas lanjut Alwi (BN-Kok Lanas) berkata undang-undang hudud yang akan dilaksanakan di Kelantan hanya terpakai ke atas orang Islam yang didapati bersalah melakukan jenayah sahaja.

"Kenapa perlu orang bukan Islam, melatah dalam hal ini, pindaan yang dilakukan telah menyatakan undang-undang hudud ini hanya terpakai ke atas orang Islam.
"Yang bukan Islam sibuk sangat nak buat apa," katanya.

Beliau berkata dalam Islam sendiri membolehkan perbezaan pendapat namun perbezaan pendapat tersebut sepatutnya mengukuhkan ummah dan bukannya memecah belahkan umat Islam di Kelantan.

Soalnya sekarang  adakah 'Setiap orang muslim wajib menyokong Hudud.' itu hanya berlaku kepada UMNO Kelantan saja,  tidak kepada UMNO seluruh Malaysia? Ini yang politiknya, kalau tidak politik tentu semua UMNO/Islam hukumnya sama, wajib sokong Hudud. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails