Monday, March 16, 2015

Kini Giliran Nurul Izzah Pula Ditahan Dibawah Akta Hasutan.


Nurul Izzah Menanggis
Kuala Lumpur – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ditahan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi sebentar tadi di bawah Akta Hasutan 1948.

Terdahulu ahli Parlimen Lembah Pantai itu dikatakan hadir pada 2 petang untuk memberi keterangan berkaitan perhimpunan #KitaLawan pada 7 Mac lalu sbelum ditahan.

“ASP Muniandy memaklumkan bahawa saya ditangkap di bawah arahan Dt Azam, Ketua Penolong Pengarah D5, Bukit Aman,” tulis Nurul Izzah di twitternya sebentar tadi.

Tangkapannya itu susulan laporan polis oleh bekas calon BN, Zulkifli Noordin terhadap Nurul Izzah pada 12 Mac lalu ekoran ucapannya yang mengecam hakim di Parlimen berhubung keputusan kes Fitnah II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nurul Izzah diwakili peguam Sivarasa Rasiah. (Suara TV)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails