Thursday, March 19, 2015

Ini Bukti Tiada Konspirasi Jatuhkan Presiden PAS - Wan Abdul Rahim

Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah

KL: Ini bukti tiada konspirasi jatuhkan Presiden PAS.  Fakta 4 PAS kawasan mencalonkan pelbagai individu sebagai calon presiden, menunjukkan kekecewaan umum, tetapi bukan pergerakan tersusun satu kumpulan untuk menggantikannya dengan seorang calon mereka.

Demikian kata Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah seperti dilapor The Malaysian Insider semalam.

Yang dipertua PAS Kota Baru itu berkata, jika kumpulan anti Abdul Hadi berkonspirasi menjatuhkan presiden, sudah tentu mereka hanya akan menamakan seorang calon untuk melawannya. Sebaliknya PAS Kota Baru mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Kota Tinggi dan Batu Sapi mencalonkan Datuk Husam Musa manakala Shah Alam pula cuba mencalonkan Ahmad Awang, tetapi hanya kalah 6 undi.

"Ini membuktikan kami tidak ada penyelarasan, tiada perancangan, tidak ada mesyuarat sulit atau konspirasi untuk menjatuhkan presiden.
"Yang ada hanyalah kesepakatan kepimpinan perlu berubah untuk menghadapi suasana semasa," kata Wan Abdul Rahim memulakan langkah dengan menamakan Tuan Ibrahim apabila PAS Kota Baru bermesyuarat baru-baru ini.


Timbalan pengarah pilihan raya PAS itu berata, 85% pengundi bukan Islam menyokong mereka semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, tetapi selepas 2 tahun, kepimpinan parti Islam itu berjaya menghilangkan separuh daripada sokongan tersebut.

Wan Abdul Rahim berkata, mengikut kajian terbaru hanya tinggal 38% saja bukan Islam yang menyokong PAS.

"Senario ini bukan khayalan tetapi realiti. Ini bermakna PAS di Johor akan kembali ke status quo asalnya tanpa sebarang kerusi manakala 15 kerusi yang dimenangi PAS di Selangor tidak selamat lagi," katanya.

Walaupun 3 daripada 4 PAS kawasan sudah mengadakan mesyuarat agung dan menamakan calon lain sebagai presiden, masih banyak lagi kawasan yang belum mesyuarat menjelang muktamar pada Jun.

Mereka mempunyai masa sehingga 21 April 2015 untuk bermesyuarat dan membuat keputusan siapakah calon presiden pilihan mereka. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?

E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails