Sunday, May 18, 2014

Utusan Ramal Dyana Sofya/DAP Akan Berakhir. Meleleh Air Lior UMNO..

Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil Teluk Intan, Intan Dyana Sofya Mohd Daud dicium ibunya semasa pengumuman rasmi beliau sebagai calon, semalam. – Gambar The Malaysian Insider, 18 Mei, 2014. 
Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil Teluk Intan, Intan Dyana Sofya Mohd Daud dicium ibunya semasa pengumuman rasmi beliau sebagai calon, semalam. – Gambar The Malaysian Insider, 18 Mei, 2014.

Lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia meramalkan pengalaman Dyana Sofya Mohd Daud dengan DAP akan berakhir dengan beliau meninggalkan parti bersama dengan rasa kesal dan tidak berharga seperti kebanyakan pemimpin Melayu sebelumnya. Ia berkata, DAP menurunkan Dyana Sofya bagi kerusi Parlimen Teluk Intan untuk membersihkan imej perkaumannya.

Awang Selamat, nama samaran untuk editor kolektif Umno, Utusan Malaysia berkata, DAP sentiasa menjalankan strategi "menggunakan" bagi menipu orang Melayu agar berfikir ia adalah parti berbilang kaum.

"Hakikatnya, DAP sentiasa berjuang bagi agenda untuk satu bangsa," tulis Awang Selamat dalam edisi hujung minggu, Mingguan Malaysia.

Walaupun artikel itu tidak mengatakan ia secara terus terang tetapi dengan banyak artikel lalu berkenaan perkara itu, Utusan Malaysia sentiasa berkata DAP memperjuangkan masyarakat Cina dan beberapa kali melabelkan DAP sebagai "parti paling rasis di dunia".

Awang Selamat meramalkan Dyana akan meninggalkan parti sebagaimana bekas ahli DAP terdahulu seperti bekas Pengerusi Transparency International dan bekas Naib Pengerusi Tunku Abdul Aziz Ibrahim, bekas Pengerusi DAP Johor Ahmad Ton dan ahli veteran Rahman Manap serta Mohamed Razali.

"Rahman pernah menggesa orang Melayu jangan tertipu (oleh DAP), manakala Mohamed Razali memohon maaf kepada orang Melayu selepas mendedahkan insiden berbahaya yang dianjurkan oleh DAP," kata Awang.

Seorang lagi pemimpin DAP, Zulkifli Mohd Noor berkata, menjadi ahli Melayu dalam parti yang didominasi Cina hanya bernilai 50 sen, tambah Awang Selamat.

"Seperti bekas ahli DAP Melayu yang lain, Awang percaya satu hari nanti Dyana akan meninggalkan parti itu dengan dipukul rasa penyesalan.
"Sekarang, biar DAP mengaraknya ke sana sini, sebelum dia jatuh ke dalam lumpur, yang mana pada masa itu dia sudah tidak bernilai," kata Awang.

Dyana, yang merupakan setiausaha politik pemimpin DAP Lim Kit Siang, akan berhadapan dengan pemimpin veteran Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Kong yang pencalonannya diumumkan semalam.

Mah, yang juga presiden Gerakan, memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 1999 dan 2004 tetapi kalah kepada calon DAP, M. Manogaran dan Seah Leong Peng pada 2008 dan 2013 dengan 1,470 dan 7,313 undi majoriti.

Kerusi berkenaan kosong selepas Seah meninggal dunia akibat kanser pada 1 Mei yang membawa kepada pilihan raya bagi sebuah kawasan yang terdiri daripada 23,301 pengundi Melayu (38.6 %), 25,310 pengundi Cina (41.9 %) dan 11,468 pengundi India (19%).

DAP, yang merangkumi satu pertiga daripada pakatan pembangkang berusaha keras membuktikan pengkritik salah dengan meletakkan calon-calon Melayu dalam pilihan raya umum lepas untuk memperluaskan undian.

Ia mempunyai dua orang ahli Parlimen Melayu – Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari dan Raub, Datuk Ariff Sabri – kedua-duanya bertanding di kerusi majoriti Cina.

Tetapi pada 2012, parti itu menjadi tajuk berita utama apabila Naib Pengerusi, Tunku Abdul Aziz, keluar parti berikutan perbezaan pendirian dengan pemimpin-pemimpin PR berkenaan perhimpunan Bersih pada 28 April 2012. Beliau kemudiannya mengadakan banyak sidang akhbar mengutuk DAP kerana didakwa menjadi parti perkauman. – 18 Mei, 2014. (TMI)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tak dapat anggor, masam katanya. UMNO meleleh air lior?

2 comments:

Anonymous said...

This lady will likely lose. Half the Chinese votes will go to Mah (21%), 70% of Malay votes will go to to Mah (27%), and half the Indian vote will go to Mah (9.5%). BN will get approx. 57% of the votes in Teluk Intan. This gamble by DAP is designed to uproot the Malay voter base of PAS and PKR. The former is seen as a liability to DAP due to its perceived hudud stance and the latter has too many squabbles by ex UMNO members.

Anonymous said...

DAP saja test power untuk pancing undi Melayu. Kalau berjaya maka dia boleh guna pakai untuk pilihanraya akan datang. Kalau si dyana ni kalah maka dia mungkin masih perlukan PAS dan PKR untuk masa terdekat dan jangka panjang. Apa2 pun dia kemungkinan besar kalah. Org muda melayu je yg cukup bodoh untuk undi dap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails