Sunday, May 18, 2014

Natasha Liana Hudson: Selepas Berhijrah, Semakin Tenang.

Sambung belajar jurusan islamik

HALAMAN HIBURAN

NATASYA Liana Hudson, bekas pelakon filem, yang melakukan penghijrahan dalam diri sejak 2012. Beliau semakin tenang menjalani kehidupan sebagai isteri kepada Carleed Khaza (Khalid Kamal) dan ibu kepada Neesa Helena dan Naeema Kalila.

Ramai artis yang takut berhijrah kerana bimbangkan teputus rezeki. Kerana Allah SWT menjamin rezeki sesaorang, belum ada yang mati kelaparan di bumi Malaysia ini. Tiba-riba sudah rezekinya, tanpa sebarang desas desus, Natasha diperkenalkan sebagai duta terbaru produk AuraWhite yang berlangsung awal Mei lalu. Justeru ini membuka satu lagi lembaran baru buatnya selain terbabit mengusahakan bisnes sendiri. Paling penting matlamatnya untuk mencari keberkatan Allah SWT tidak pernah dipinggirkan.
"Alhamdulillah sememangnya ini rezeki saya. Saya terima e-mel mengenai tawaran ini dan ingatkan hanya diminta jadi model biasa. Rupa-rupanya saya diambil sebagai duta untuk produk ini. Saya juga kini terbabit sebagai duta Mary Chia Slimming Centre dan Kubiq Kitchen.

“Tak dinafikan saya sangat sibuk dengan tanggungjawab ini. Selain itu, saya juga aktif mengusahakan bisnes busana sendiri iaitu Dreamcloud by Natasha Hudson yang dijual secara atas talian di Fashionvalet.com. Saya juga memiliki ‘concept store’ Muslimah dinamakan ‘Modvier’ bertempat di Jalan Riong, Bangsar.

“Tidak terhenti setakat ini, saya juga sibuk dengan penulisan blog sendiri iaitu www.natashahudson.tumblr dan menghadirkan diri ke pelancaran atas produk ‘review’ yang dilantik oleh beberapa PR agensi tertentu bagi menjalankan tugas saya,” katanya.

Alhamdulillah. Jazakillahu khairan kathira  (Semoga Allah memberi/menambah kepadamu kebaikan yang banyak)!
(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails