Thursday, May 22, 2014

Pecah Masuk Dun Cemar Kemuliaan Dewan - Speaker


KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang Datuk Law Choo Kiang menggesa pihak polis menyiasat segera insiden pecah masuk oleh sekumpulan perusuh ke dalam sidang dewan hari ini.

Ini kerana katanya, bagi memastikan keselamatan perjalanan sidang DUN akan terus terpelihara.

"Saya minta agar pihak polis dapat mengadakan kawalan keselamatan di hadapan pintu masuk DUN dari sekarang hingga sidang DUN tamat," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, masih ada ruang yang lebih beradab untuk menyatakan ketidapuasan hati terhadap sesuatu isu.

"Dari melakukan tindakan yang kasar dengan merempuh pagar utama DUN dan mencemarkan kemuliaan dewan ini, yang jelas melanggar undang-undang negara," tegas beliau.

Beliau melahirkan kekecewaan dengan insiden yang berlaku malah ianya tidak pernah berlaku sepanjang sejarah sidang DUN di negeri itu.

Keadaan itu, katanya sekaligus mencemarkan sejarah politik negara.

Sidang DUN Pulau Pinang kecoh apabila kira-kira 10 orang telah memecah masuk ke dewan untuk menyatakan bantahan ekoran kenyataan wakil rakyat Seri Delima daripada DAP menggelarkan seorang pemimpin Umno negeri sebagai celaka.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng di laman rasmi Facebooknya turut memuatnaik status "Umno Pulau Pinang bertindak biadap di DUN Pulau Pinang". - HARAKAHDAILY 21/5/2014

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails