Sunday, May 18, 2014

Shila Amzah-Adam Rapat Sangat, Kini Hangat..








Gambar mesra Adam dan Shila di laman Instagram. Ooi, rapat sampai macam mana? Bagaimana hukum dalam Islam?



HALAMAN HIBURAN
KL: Nama penyanyi Shila Amzah ketika ini hangat diperkatakan kononnya dia sedang bercinta dengan bekas calon angkasawan program AXE-Tronaut 2013 iaitu Adam Tun Tuah.

Shila, 24, dilaporkan telah memuat naik sekeping gambarnya bersama seorang lelaki dipercayai Adam dengan wajah pemuda itu ditutup termasuk gambaran kata-kata pada kapsyen kononnya sedang bersahabat dengan individu itu.

Ia menarik perhatian peminat untuk mengetahui kesahihan sama ada mereka bercinta atau pun tidak.

Shila dan Adam dikatakan sedang berkawan rapat. 

Identiti lelaki berkenaan mula tersebar apabila Adam turut memuat naik gambar mereka di laman Instagram miliknya. Sumber memberitahu, kedua-dua mereka berkawan rapat dan pernah beberapa kali bertemu terutamanya semasa perjumpaan ahli kelab peminat Shila ketika wanita berkenaan pulang ke tanah air dari China.

Ingat, bagaimana hukum dalam Islam? Kami bukan menghukam tapi menyampaikan, walau 1 ayat. (IH)
 
Lihat lagi kisah-kisah artis..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

1 comment:

Anonymous said...

Tumpukan je lah nyanyi tu. xserik lg rupenye dia ni. Dah confirm nak kawin barulah masuk igram.
kesianpun ade kat dia ni!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails