Sunday, May 18, 2014

Jangan Harapkan PBB Bebaskan Palestine – A/Hadi Awang

SHAH ALAM: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, negara-negara umat Islam yang dibayangi oleh kuasa besar dunia masih terpengaruh dengan agenda barat untuk membebaskan Palestine.

Tegasnya, tanggungjawab untuk membebaskan Palestine khususnya Baitulmaqdis mestilah atas dasar nama Islam.

Umat Islam katanya, hendaklah mengelakkan diri daripada aspek perkauman, memecah belahkan umat dan mazhab serta kepentingan lain untuk menggagalkan pembebasan Palestine.

"Menjadi satu kesilapan besar apabila negara umat Islam beri kepercayaan kepada kuasa besar yang menganggotai PBB untuk selesaikan masalah Palestine,"katanya dalam ucaptama Persidangan Antarabangsa Pembebasan Masjid Al-Aqsa dan Golongan Tertindas anjuran Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) dan Mapim.

Malangnya tegas Abdul Hadi, hingga kini seluruh negara umat Islam yang mencapai kemerdekaan masih terikat dengan penyelesaian yang dirangka oleh barat di mana bercanggah dengan kewajiban umat Islam mempertahankan bumi Palestine.


"Kita menerima penyelesaian Palestine dengan mewujudkan dua negara iaitu Palestine dan Israel.

"Kita serah bumi Palestine kepada Israel! Apakah perkara ini diizinkan Islam? Palestine adalah bumi Anbia iaitu kiblat untuk Umat Islam,"katanya dihadapan lebih 200 peserta persidangan yang terdiri daripada Ngo Islam negeri dan antarabangsa.

Justeru, beliau menegaskan mereka yang berhak ke atas Palestine adalah Islam kerana di situ adalah tempat yang menjadi pilihan para Nabi termasuklah Nabi Muhammad SAW.

"Hubungan kita dengan Palestine khususnya isu Baitulmaqdis adalah hubungan sangat erat. Berkait dengan kepercayaan dan agama kita yang tidak boleh mengizinkan bumi Palestine diserah begitu mudah.

"Kita jangan lupa sejarah penubuhan negara Isarel yang haram menyebabkan kuasa-kuasa dunia timur barat termasuk Amerika terlibat dalam tertubuhnya Isarel pada 1948," katanya. (HD)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails