Wednesday, May 21, 2014

Pelajar M'sia Dirogol Berkumpulan Di Bandung



PETALING JAYA: Seorang pelajar Malaysia yang menuntut Universiti Padjajaran di Indonesia yang merupakan mangsa rogol berkumpulan Sabtu lalu, dijangka pulang untuk mendapatkan rawatan lanjut. 

Ketika kejadian pelajar tersebut dilaporkan meninggalkan rumah sewanya di Bandung, yang terletak  tidak jauh daripada kampusnya di Jatinagor, untuk mengeluarkan duit apabila tiba-tiba seorang lelaki menekup mulut dan menariknya ke dalam kereta.

Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan tempat letak kereta yang terletak kira-kira 40 kilometer dia diculik.  Menurut laporan itu, pelajar berkenaan berada dalam keadaan trauma dan kini dirawat di Hospital Hasan Sadikin di Bandung.

Ketua Polis Cimachi, Erwin Kurniawan berkata  empat lelaki telah menculiknya, tiga daripada mereka telah merogolnya secara bergilir-gilir.

"Hanya pemandu kereta tersebut tidak merogolnya," katanya.

Polis kini menunggu laporan perubatan sebelum mengambil tindakan selanjutnya.  (mStar)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Sampailah masanya kerajaan umat Islam di dunia perlu mengkaji dan membongkar balik sistem perundangan Islam yang bagaikan mutiara hilang, apabila melihat kegagalan sistem perundangan yang ada sekarang. PAS dan parti-parti Islam di Indonesia teruskan bongkar 'hudud'.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails