Monday, May 19, 2014

Ibu Kepada Dyana Sofya Ahli UMNO. Wajar Dipecat?


NGO Veteran Umno mendesak parti itu melucutkan keanggotaan ibu kepada Dyana Sofya Mohd Daud, Yammy Samat kerana menyokong dan membantu anaknya yang bertanding sebagai calon DAP dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan.

Setuausaha agung NGO tersebut Datuk Mustapha Yaakob berkata perbuatan itu jelas menyalahi perlembagaan parti dan juga menghina parti, lapor akhbar Berita Harian.

“Kalau beliau (Yammy) masih ahli Umno, maka tindakan untuk kempen calon bukan daripada parti BN adalah menyalahi tata etika parti, sama ada dia keluar parti atau pun Umno mesti pecat dia.

“Tiada guna simpan ahli sepertinya kalau beliau sendiri terang-terangan menjejaskan kredibiliti dan menghina parti.

“Sebelum terlambat, Veteran Umno mendesak Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor segera memecat Yammy daripada Umno,” katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Katanya, NGO tersebut tidak mempersoalkan sentimen Yaamy sebagai ibu, namun anggota Umno itu harus keluar parti sekiranya benar-benar mahu berkorban untuk Dyana. (MK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails