Friday, May 23, 2014

Panda Didahulukan Rakyat Dibelakangkan, T/kasih BN.




KUALA LUMPUR: Selama berbelas-belas tahun penduduk Sepang menunggu janji kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mendirikan hospital tetapi masih tidak ditunaikan.

“Kami penduduk daerah Sepang amat terkilan kerana hanya dengan perancangan mengambil masa dua tahun sahaja kerajaan dapat mengeluarkan dana jutaan ringgit membawa dan menyediakan infrastruktur hanya untuk dua ekor panda.
“Sedangkan saya dan penduduk daerah Sepang sudah belasan tahun menanti janji-janji kerajaan bagi mendirikan Hospital Daerah Sepang,” tulis seorang pembaca Harakahdaily yang menggelarkan Zahar KLIA2.

Beliau menambah, terbukti panda didahulukan dan rakyat dibelakangkan, terima kasih BN.

Pasangan panda gergasi Fu Wa (jantan) dan Feng Yi (betina) tiba di Kompleks MASkargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 7.53 pagi Rabu lalu. Dua ekor panda itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chengdu, China kira-kira jam 3.40 pagi (waktu tempatan) dengan pesawat khas jenis Airbus 330-200 MASkargo MH6462.

Kedua-dua binatang itu dibawa dari Dujiangyang, Chengdu menerusi Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Giant Panda di antara Malaysia dengan Republik Rakyat China yang ditandatangani pada tahun 2012. - HARAKAHDAILY 23/5/2014

2 comments:

Kemohsabe said...

Penduduk sepang lepas ni bolehlah tenangkan hati dengan tengok panda kat zoo negara. tiket rm30++ guna duit sendiri tak cukup pergi mintak kat wakil rakyat umno atau ketua cawangan umno yang terdekat. Panda best lepas ni Malaysia ni bankrap disebabakan panda bodoh ni.

Kemohsabe said...

Penduduk sepang lepas ni bolehlah tenangkan hati dengan tengok panda kat zoo negara. tiket rm30++ guna duit sendiri tak cukup pergi mintak kat wakil rakyat umno atau ketua cawangan umno yang terdekat. Panda best lepas ni Malaysia ni bankrap disebabakan panda bodoh ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails