Monday, March 24, 2014

Presiden Chechnya Resmikan Pembukaan Masjid Di Israel.


Presiden Chechnya , Ramzan Kadyrov , merasmikan sebuah masjid di bandar Abu Ghosh barat laut dari kota Jerusalem . Masjid ini di klaim sebagai masjid terbesar yang ada di bandar Israel dan mula dibina pada tahun 2011 lalu .

Masjid tersebut diberi nama dengan nama ayah Presiden Chechnya sekaligus bekas presiden Chechnya , Haji Ahmad Kadyrov . Masjid ini dibina atas permintaan penduduk bandar Abu Ghosh yang menganggap dirinya keturunan Chechnya yang hijrah pada abad keenam belas lalu .Masjid ini adalah masjid terbesar ke 3 di Palestin selepas masjid Masjid Al - Aqsa dan Qubbat As - Sakhrah di bandar Jerusalem , dan mampu menampung lebih dari 3 ribu jamaah .


Pembangunan Masjid ini sendiri telah menelan dana sebanyak 35 juta shekel atau sekitar ( 10 juta dolar ) , kerajaan Republik Chechnya sendiri memberikan bantuan dana sebanyak $ 6 juta dolar dan sebanyak 5,000,000 shekel ( sekitar satu juta dan setengah juta dolar ) untuk skate park disalah satu taman Rekreasi Jerusalem Barat .


Bandar Abu Ghosh dihuni oleh kira-kira 7 ribu orang dan terletak 13 kilometer barat laut bandar Jerusalem , bandar ini adalah satui - satunya bandar Arab di jalan utama yang menghubungkan antara Jerusalem dan Tel Aviv . ( Skynewsarabia / Ram )

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails