Sunday, March 23, 2014

Kajian: BN Mampu Kurangi Majoriti PKR 2,000 Undi.

 
PKR bakal menang tetapi dengan majoriti berkurangan sebanyak kira-kira 2,000 undi dalam pilihan raya kecil DUN Kajang esok, dengan peratus keluar mengundi mencecah 85 peratus, kata kajiselidik daripada USCI.

Pengasas Pusat Penyelidikan Undi UCSI Ngerng Miang Hong berkata daripada 400 pengundi yang dihubungi melalui telefon dan temubual langsung, hanya 54.25 peratus berkata mereka akan mengundi calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Manakala 34.5 peratus pengundi pula akan memilih calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun dan 11.25 peratus belum membuat keputusan berdasarkan tinjauan pada 18-20 Mac semasa tempoh berkempen.

"Jika anda memecahkan undi mereka yang belum membuat keputusan (dengan nisbah yang sama dari pengundi yang menyokong PKR dan BN) kita dapat melihat bahawa BN telah menambah sokongan mereka berbanding 2013," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata sebahagian besar pengundi yang berkata mereka akan mengundi Chew terdiri dari kalangan orang Melayu, yang mencecah 54 peratus.

Bagaimanapun, kajian itu tidak menyatakan mengapa mereka menyokong BN. (MK)

1 comment:

Anonymous said...

Mereka menyokong BN adalah kerana kebodohan mereka sendiri

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails