Monday, March 24, 2014

MH114 Langgar Unggas, MH066 Dilencong Le Hong Kong Pula.

 
Satu penerbangan Malaysia Airlines ( MAS) pesawat Airbus A330-300 yang dijadualkan ke Incheon, Korea Selatan, terpaksa dilencongkan dan mendarat di Hong Kong hari ini kerana "generator pesawat tidak beroperasi ".

Dalam satu kenyataan, MAS mengesahkan perkara itu, dan menjelaskan bahawa ia melibatkan generator yang membekalkan kuasa elektrik kepada pesawat.

"Bagaimanapun, kuasa elektrik terus dibekalkan oleh unit kuasa elektrik tambahan, " kenyataan itu dipetik.

Penerbangan MH066 berlepas dari Kuala Lumpur pada jam 11.37 malam, semalam dan dijadual tiba di Incheon pada 06:50 pagi ini. Menurut kenyataan tersebut, MAS memindahkan seramai 271 penumpang dalam penerbangan berkenaan ke penerbangan yang diusahakan syarikat lain.

"Penerbangan pulang, MH067 dari Incheon ke Kuala Lumpur, dibatalkan, dan penumpang telah dipindahkan (ke) syarikat penerbangan lain serta penerbangan MAS berikutnya ke Kuala Lumpur."

Semalam dilaporkan kapal terbang MAS telah melanggar itik kira-kira 10.45 malam, Jumaat lepas ketika mendarat di lapangan terbang Kathmandu di Nepal. Bagaimanapun, pesawat itu hanya mengalami kerosakan kecil.

MAS juga masih belum menemui pesawat penerbangan MH370 yang hilang tidak lama selepas berlepas dari Kuala Lumpur, dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac lalu. Operasi mencari dan menyelamat besar-besaran yang dijalankan masih belum berjaya mengesan pesawat tersebut. (TMI)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails