Saturday, February 08, 2014

Bantah Rosmah Taja Filem Lucah RM300J ?

The Wolf of Wall Street
SATU perhimpunan aman membantah filem lucah terbitan anak Datin Rosmah dilaporkan telah berlangsung di Masjid Jelutong Pulau Pinang selepas solat Jumaat hari ini (7/2) (Lihat gambar). 
Peserta himpunan mempamerkan 'playcard' bertulis "Rosmah isteri PM biaya filem lucah RM300 juta" dan "Rosmah taja filem lucah"

Protes tersebut dipercayai merujuk kepada sebuah filem terbitan anak Datin Rosmah, berjudul "The Wolf of Wall Street" yang telah diharamkan tayangannya di Malaysia kerana mengandungi babak lucah terlampau.
Filem terbitan Riza Muslim‎, anak Datin Rosmah pada perkahwinan terdahulu itu dilaporkan mengandungi babak pesta seks liar gay, babak onani di tempat awamserta adengan Leonardo de Caprio menghembus dadah ke dalam kemaluan wanita.

Filem itu juga dilaporkan mengandungi lebih 500 bahasa kesat dan tidak sopan yang tidak sesuai untuk tontonan banyak negara di dunia. (MiloSuam)

The Wolf of Wall Street Official Trailer - YouTube

www.youtube.com/watch?v=iszwuX1AK6A
17 Jun 2013 - Dimuat naik oleh Paramount Pictures
From Academy Award winning director Martin Scorsese comes The Wolf of Wall Street, starring Leonardo ...

Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails