Wednesday, February 05, 2014

Aset Anak Taib Mahmud RM1.4 Bilion.



Akauntan yang diupah Shahnaz Majid  (kanan) menyatakan kekayaan tersebut termasuk jumlah saham di 49 syarikat di Malaysia di mana antaranya melibatkan ladang kelapa sawit di Sarawak, hartanah di Bukit Tunku, Kuala Lumpur serta koleksi kereta mewah.
 
Aset Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib, dipercayai bernilai di antara RM976 juta dan RM1.395 bilion, kata akuantan bertauliah kepada Mahkamah Tinggi Syariah hari ini.

Andrew Heng yang merupakan akauntan yang diupah Shahnaz Majid bagi menyiasat kekayaan dan status kewangan bekas suaminya, memberitahu bahawa ini termasuk jumlah saham di 49 syarikat di Malaysia di mana antaranya melibatkan ladang kelapa sawit di Sarawak, hartanah di Bukit Tunku, Kuala Lumpur serta koleksi kereta mewah.

Selepas Heng memberikan keterangan, peguam kepada anak ketua menteri Sarawak itu, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar memohon tempoh selama dua bulan bagi akauntan anak guamnya untuk mengkaji semula laporan tersebut sebelum membuat pertanyaan balas kepada Heng.

Peguam Shahnaz, Dr Rafie Mohd Shafie, bagaimanapun membantah permintaan tersebut dengan berkata pendedahan mengenai aset tersebut tidak sepatutnya mengejutkan beliau (defendan).

"Ia adalah aset yang dibuat berdasarkan laporan kewangan syarikat beliau (Mahmud Abu Bekir) sendiri," katanya.

Hakim, Muhamad Abdul Karim Wahab kemudiannya menetapkan sesi soal jawab Heng oleh pihak defendan pada 14 April depan. – 5 Februari, 2014. (TMI)

 Anak perempuan Taib Mahmud..
 
Elia Geneid Shows Sarawak’s Youth How To Be Go-getter Land Grabbers!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails