Monday, February 03, 2014

Tahniah Mizz Nina, Artis Komited & Selari Dg Tuntunan Agama..




HALAMAN HIBURAN

KOTA BHARU:  TAHNIAH dari weblog Ibnu Hasyim kepada artis Mizz Nina. Ini, berikutan dengan kerajaan Kelantan merakamkan ucapan tahniah kepada artis Mizz Nina (gambar) kerana semakin komited dengan prinsip Islam malah berhasrat untuk membuat persembahan di hadapan penonton wanita sahaja.

"Tahniah kepada Mizz Nina sebagai artis contoh yang berhijrah..  Juga kepada kerajaan Kelantan kerana yang mengambil langkah 'tarbiah' kepada artis-artis di negara ini.  Al-hamdulillah!" kata editor weblog IH, Hj Mohd Hasyim.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Md Nawi ketika ditemui Harakahdaily berkata, hasrat Mizz Nina sebenarnya selari dengan tuntutan agama.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mizz Nina yang tidak lagi mahu membuat persembahan di hadapan penonton berlainan jantina.

Semalam Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Tan Sri Azman berkata, beliau akan mengurangkan aktiviti nyanyian kerana akan menumpukan perhatian pada ibadat dan perniagaan semata-mata.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Bengkel Word Hijab Day di sebuah pusat membeli belah semalam.

 “Wanita perlukan hiburan dan suara merdu adalah anugerah Allah. Selayaknya kelebihan itu disesuaikan dengan syariat.
“Menyanyi di khalayak wanita sahaja dengan lirik yang bersesuaian, insya Allah akan dikira ibadat dan membawa keberkatan,” ujarnya.

Menurut Mumtaz (gambar), walaupun dengan kehadiran pelbagai genre lagu dan fesyen Barat, Mizz Nina membuat pusingan U untuk kembali kepada syariat.

“Pendirian itu perlu diberikan penghargaan  dan sebagai seorang muslimah saya pastinya amat berbangga dengan perkembangan itu,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mendoakan supaya Mizz Nina istiqamah dengan prinsip Islam sebenar.

Hj Mohd Hasyim juga berkata,

"Sebaiknya kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat lain boleh terus berkerjasama membantu mengembangkan usaha ini.

"Jangan dibiarkan kerajaan UMNO/BN terus melanyak-lanyak artis untuk kepentingan politik mereka." (IH)

Ada orang kata, ini gambar ulat bulu? Begini cara tarbiah UMNO/BN.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails