Tuesday, February 04, 2014

Fatwa Boleh Cerai Isteri Pro-I/Muslimin. Atau Kalau Di M'sia Pro-PAS?

  Penyokong Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Ulama Mesir Muzhir Shaheen dikhabarkan telah mengeluarkan sebuah fatwa membolehkan suami menceraikan isteri - isterinya yang dipenjara sebab menjadi anggota Ikhwanul Muslimin.

Shaheen mendesak agar para lelaki tersebut untuk mengutamakan kepentingan negara dengan menceraikan isteri mereka yang dipenjara sebab menjadi ahli gerakan Ikhwanul Muslimin , organisasi kini dilarang di Negeri Sungai Nil itu , seperti yang dilaporkan oleh stesen televisyen Al Arabiya , Isin ( 3 / 2 ) .


Shaheen, menggambarkan dirinya di Twitter sebagai ' pendakwah revolusi ' , berkata dia bersimpati dengan lelaki yang berkahwin dengan wanita ahli Ikhwan Muslimin , yang dinyatakan sebagai organisasi pengganas oleh kerajaan Mesir .


" Banyak yang menderita kerana mengetahui bahawa isteri mereka adalah ahli Ikhwan Muslimin , dan kini isteri mereka tidur di sel penjara bukan di samping mereka di tempat tidur , " kata Shaheen .Shaheen meminta agar mereka mengorbankan ' kepentingan peribadi ' dengan lebih memilih tinggal bersama isteri mereka , dan menyebut menceraikan isteri mereka yang menjadi anggota Ikhwanul Muslimin bererti melayani kepentingan negara dan agama .


Pada 3 Julai tahun lalu , Presiden Muhammad Mursi , disokong Ikhwanul Muslimin , digulingkan melalui sebuah rampasan kuasa disokong tentera . Peristiwa ini memaksa para penyokongnya turun ke jalan menuntut agar Mursi dikembalikan pada kekuasaannya sebagai presiden pertama yang terpilih dari kalangan awam .


Kerajaan sementara Mesir sokongan tentera kemudian melakukan tindakan keras terhadap penunjuk perasaan penyokong Ikhwanul Muslimin , dan menyatakan gerakan itu sebagai organisasi pengganas.Majdi Ashour , kepala institusi keagamaan peringkat tinggi di Mesir , Dar al - Ifta al - Misriyyah , mengatakan dalam sebuah pernyataan kemarin fatwa berkaitan perceraian mempunyai ciri-ciri tertentu kerana hal itu mempengaruhi persatuan antara pasangan , yang suci .
Dia menjelaskan keluarga merupakan unit dari masyarakat dan sebuah tiang penting di mana dilindungi dalam Islam .

Ashour mengatakan syariat Islam tidak boleh dimasukkan ke dalam tempat untuk mencipta perselisihan antara orang - orang sudah berkahwin . Dia menggambarkan fatwa dikeluarkan Shaheen itu hanya pendapat peribadi saja , dan memberi amaran kepada pernyataan semacam itu dilakukan hanya untuk memecah belah masyarakat .


Ali Abu al - Hassan , bekas ketua jawatankuasa fatwa untuk pihak berkuasa keagamaan Al - Azhar , melabel fatwa semacam itu ' haram ' atau dilarang , seperti dikutip laman tempatan El - Badil ." Fatwa semacam ini hanya boleh dikeluarkan oleh para ulama ahli dan sumber - sumber rasmi , " ujar Hassan . Dia mendesak agar para ulama tidak mencampuradukkan politik dan agama .


Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Kalau hal seperti itu berlaku di Malaysia, tentu golongan yang pro-PAS jadi mabngsa? Apakah itu, hukum dan nasib golongan Islam dalam negara nasionalis?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails