Thursday, February 06, 2014

Lagi, 15 Tukang Urut Thai Ditahan, Mengapa Pilih M'sia?


Foto 
DUA anggota polis mengawasi wanita warga asing yang bekerja sebagai tukang urut.

RAWANG - Seramai 15 wanita warga Thailand ditahan dalam serbuan serentak ke atas tiga buah rumah urut yang dipercayai turut menawarkan khidmat pelacuran semalam.

Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Deputi Superitendan Rohan Shah Ahmad memberitahu, serbuan dilakukan di Taman Bayu Permai dan sekitar Pusat Bandar Rawang.

"Serbuan dilakukan bermula pukul 9.30 malam semalam (kelmarin) sebelum berakhir kira-kira pukul 3 pagi tadi (semalam).
"Empat lelaki tempatan turut ditahan dalam serbuan tersebut. Tiga daripadanya merupakan penjaga premis manakala seorang lagi ialah pelanggan," katanya ketika dihubungi semalam.

Soalnya, mengapa mereka pilih Malaysia? Apakah kerana negara Islam ala Malaysia ini menjadi tapak subur bagi pengembangan bisnes bermaksiat?
 (IH)

2 comments:

Anonymous said...

Kenapa tak tanya kenapa mereka pilih Selangor? Semenjak dua ni semakin bersepah rumah urut dan rumah-rumah maksiat di Selangor. Apa EXCO PAS buat?

Anonymous said...

Insya Allah, PAS akan buat bila PRU 14, PAS kuasai Putrjaya. Kuasai perlembagaan Persekutuan.

Semuanya akan diselesaikan. Itulah impian tiap seorang Islam, kecuali UMNO/BN..

ha ha ha.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails