Wednesday, February 05, 2014

Kadar Tol Tak Naik Tahun Ini! -Muhyiddin Yassin.



Kadar tol lebuh raya di seluruh negara tidak akan dinaikkan tahun ini, demikian diumumkan petang ini. Sebaliknya, kerajaan akan membayar RM400 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata kabinet memutuskan bahawa kerajaan perlu berunding dengan syarikat konsesi untuk memastikan perjanjian konsesi boleh disemak semula dan mengekalkan kadar tol sekarang.

Oleh itu, katanya, tidak akan ada sebarang kenaikan tol pada tahun 2014 seperti yang diwar-warkan.

Muhyiddin memberitahu demikian selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa khas mengenai kos sara hidup di Putrajaya. (MK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails