Friday, February 07, 2014

Dunia Hiburan Tidak Bantu Pendapatan Hidup -Artis Nadia



Nadia (gambar)mengakui tidak boleh bergantung kepada bidang nyanyian semata-mata untuk mencari rezeki. 

HALAMAN HIBURAN 

PETALING JAYA: mStar melaporkan hari ini, penyanyi dan bekas peserta program Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Nadia menganggap dunia hiburan tidak boleh dijadikan sandaran sebagai punca pendapatan hidup.

Nadia atau nama sebenarnya Nadia Haswani Hasnan, 24, berkata, dia mengakui perkara tersebut kerana persaingan dalam bidang nyanyian sangat sengit ditambah dengan ramai muka baharu yang lahir daripada program realiti.

"Hakikatnya saya memang tidak boleh mengharapkan undangan nyanyian semata-mata kerana saya sedar persaingan sangat sengit dan saya perlu melakukan perkara lain untuk mencari rezeki," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Oleh itu, sebagai ingatan kepada remaja-remaja, bahawa tidak boleh bergantung kepada bidang nyanyian semata-mata untuk mencari rezeki. Apalah sangat faedahnya mentarbiah remaja Malaysia ke arah menjadi artis-artis yang tidak mengikut syariat Islam. Contohnya dari sudut suara, pakaian dan campur jantan betina yang bukan muhrim. Rugi di dunia dan rugi di akhirat. Fikir-fikirlah!
(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails