Wednesday, February 05, 2014

Anti Islam Di Myanmar Ke Tahap Parah, Perlu Tindak Cepat!

KUALA LUMPUR: Sentimen agama anti Islam di Myanmar yang berlangsung lebih 18 bulan telah berada di tahap parah, kata Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri.

Menurutnya, laporan terkini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 23 Januari lalu menunjukkan situasi terkini umat Islam di Rakhine berada dalam keadaan yang kronik.

Tambahnya, menurut laporan PBB pada 13 Jan yang lalu 40 orang Islam termasuk wanita dan kanak-kanak dibunuh di perkampungan Du Cheer Yar Tan tambahan kepada 8 orang yang dibunuh sebelumnya pada 9 Jan 2014 di perkampungan sama.

“Sebagai sebuah kerajaan umat Islam, Kerajaan Malaysia mesti memainkan peranan lebih aktif dalam menangani isu antara kaum dan agama di Myanmar,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, permintaan Kementerian Luar agar Kerajaan Myanmar mengambil tindakan konkrit terhadap isu ini pada Oktober lalu masih belum cukup.

Ini kerana, kata beliau rakyat telah dikecewakan oleh Kerajaan Malaysia apabila kerajaan dilihat gagal memberikan mesej penting menerusi Sukan Sea yang berlangsung di Myanmar, Disember lalu.

Justeru, tegasnya bagi memperbaharui tanggungjawab kemanusiaan ini, nota bantahan rasmi kerajaan perlu dikemukakan segera.

Beliau menambah, usul juga perlu dikemukakan oleh kerajaan di Parlimen yang bakal bersidang bermula 10 Mac nanti bagi mengecam sikap dingin kerajaan Myanmar dalam menangani isu ini.

“Saya yakin, jika mahu, Kerajaan Malaysia mampu melakukan lebih jauh lagi seperti mana yang dilakukan dalam proses damai antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) tahun lalu,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus. (HD)

3 comments:

Anonymous said...

Buddhist kat malaysia jinak pasai takdak kuasa pelik asal islam benci sama kat sini tapi kat sini penyagak penyamun yg.dapat kuasa cukup jijik tengok muka menteri umgok species banggang dan menjijikan.

Anonymous said...

sokong..

abuamir said...

Tak perlulah kita tuduh agama lain sebagai penganas tetapi yg ganas dan jahad itu ada didalam semua agama termasuk Islam. jika mereka itu menghayati ajaran agama sebenar pasti mereka tidak jadi jahat. Mana ada agama yg mengajar manusia jadi jahat kecuali ajaran sesat.

Sbg. cth.apa yg berlaku di Syria, Iraq, Libya, Algeria dll. Mereka yg zalim itu agama apa? Beratus ribu umat Islam Syria dibunuh oleh pemerintah yg mengaku Islam lebih ramai dari org Palestin yg dibunuh oleh yahudi israil sejak negara israil ditubuhkan.

Kes myanmar ini lebih mirip kpd penghapusan etnik spt di Bosnia dulu. Apa peranan Malaysia dll negara Islam?

Janganlah kita bersikap rasis spt mereka.Hayati ajaran Islam sebenar bukan macam umno.............

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails