Saturday, February 08, 2014

Berdakwah Melalui Fesyen.. -Shahariah Sabarudin



KUALA LUMPUR: Berdakwah melalui fesyen muslimah menjadi matlamat pereka abaya moden Shahariah Sabarudin yang baru menceburkan diri bagi merancakkan lagi bidang fesyen berlandaskan Islam di negara ini.

Mizz Nina kini sudah bertudung..
  
Berusia lingkungan 60-an, wanita tersebut sebelum ini menjalankan perniagaan barangan kemas selama 24 tahun serta melebarkan sayap perniagaan itu di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Buat julung kalinya hari ini, Shahariah mengadakan pertunjukan fesyen abaya rekaannya dirasmikan isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abd Rahman bagi tujuan mengutip derma selain berdakwah.
  
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa artis tempatan termasuk ikon muslimah Mizz Nina yang kini telah berhijab. Shahariah berkata sebanyak 30 koleksi abaya moden diperagakan pada majlis itu yang masing-masing dijual pada harga sekitar RM2,900 hingga RM5,000.

Katanya 15 peratus daripada hasil jualan akan disalurkan ke Rumah Orang Tua Al-Ikhlas, Kampung Pulau Meranti di Puchong yang didiami 65 warga emas beragama Islam.
  
"Bagi saya sudah sampai masanya kita berfesyen berlandaskan hukum. Sudah tentu apabila kita menjalankan perniagaan, kita akan utamakan wang ringgit, namun perniagaan fesyen saya jadikan lain daripada yang lain di mana berlandaskan Islam dan kebajikan.
 "Jika sebelum ini saya dalam bidang barang emas, tapi kini saya ingin mencuba bidang fesyen abaya mudah. Kita rancang Allah yang tentukan, sudah jadi tanggungjawab sebagai muslimah untuk laksanakan mengikut hukum," katanya selepas pertunjukan fesyen abaya moden di sini.
  
Katanya sebahagian wang hasil tempahan meja kira-kira RM25,000 turut akan disalurkan kepada rumah warga tua tersebut. - Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails