Thursday, January 23, 2014

Tidak Perlu Haramkan Filem 'Lucah' Anak Tiri PM.. -Ibnu Hasyim

HALAMAN HIBURAN

TIDAK perlu haramkan filem yang dikatakan 'lucah' The Wolf of Wall Street yang dilapor diterbitkan syarikat diasaskan rakyat Malaysia Riza Aziz. Demikian pandangan  editor Weblog Ibnu Hasyim  Hj Mohd Hasyim.

"Apa nak hairan, itulah, cara didik dan tarbiah UMNO. UMNO hanya boleh hidup diatas keruntuhan sosial rakyatnya. Lihat gambar di bawah ini, itulah ajaran sesat UMNO...
"Mengapa kita perlu halang, dia nak dedahkan pekong busuk dia? Biar rakyat tahu cita-cita keluarga pemimpin no 1, negara umat Islam Malaysia." Katanya.

Di Malaysia, ada orang kata, ini gambar ulat bulu?
Kata Hj Mohd Hasyim, ekoran dari  kenyataan PERKASA yang melahirkan rasa kesal kerana banyak adegan "lucah" dipaparkan dalam filem The Wolf of Wall Street itu, yang dilapor diterbitkan syarikat yang diasaskan rakyat Malaysia Riza Aziz.

Setiausaha Agungnya Syed Hasan Syed Ali berkata kejayaan di peringkat global tidak bermaksud perlu menurut rencah negara Barat.

"Jika benarlah filem ini diterbitkan orang orang Melayu, PERKASA rasa sangat sedih. Di sini bila Melayu bermakna ia Islam. PERKASA hairan mengapa orang Islam tergamak buat filem yang banyak adengan-adegan lucah dalamnya.

"Jangan ajak kami umat Islam negara ini terima segala apa sahaja yang global. Kita disaran supaya maju dalam negara dan menerokai hingga peringkat antarabangsa dengan jayanya," kata beliau dalam SMS kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan kerajaan mengharamkan tayangan filem itu baru-baru ini.

Portal hiburan The Hollywood Reporter (THR) kelmarin melaporkan, The Wolf of Wall Street kelmarin dilaporkan diharamkan di Malaysia ekoran kandungan dan bahasa yang eksplisit.

Riza dikatakan anak kepada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama bekas suami pertamanya yang sebelum ini dilaporkan membeli satu unit kondominium mewah berharga RM 100 juta di New York.

Akhbar Daily Mail melaporkan negara UAE telah memotong satu pertiga filem tersebut lantaran aksi lucah serta dialog mengandungi perkataan kurang sopan diucapkan yang tidak bersesuaian dengan budaya Timur Tengah.

Pengkritik filem turut menyatakan filem yang keterlaluan mengangkat citra ‘dadah, seks dan wang' itu turut merakamkan lebih 500 kali penggunaan perkataan lucah dan kurang sopan. (IH)

The acclaimed but controversial film 'The Wolf of Wall Street' has reportedly been banned in Malaysia due to explicit content and language.

IKLAN
Daun Stevia Siap Kering & Potong
Daun Stevia Siap Kering & Potong
1 kg = rm 70 tidak termasuk kos penghantaran berminat sila hubungi/sms kami : 014 222 5865 / 011 2302 8768 resourceshmh@gmail.com

3 comments:

Unknown said...

Saya setuju dengan cadangan anda. Melalui filem ini, seseorang itu boleh menilai tahap ketakwaan anak tiri si Naji ini. Itu lah pun didikan "AGAMA" ala UMNO kepada para ahli nya. Kalau tidak mana mungkin puak puak Melayu jenis ini tidak mau meninggalkan UMNO walau pun mengetahui ada ayaat ayat di dalam Al-Qur'an yang menghalang seseorang dari bersekongkol dengan puak puak yang kerap elakukan kerja mungkar. Sebagai contoh, rujuk lah ayat 113 dari surah HUD.

January 23, 2014 at 9:15 AM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails