Saturday, January 25, 2014

Kami Adalah Bangsa Aceh Warga Negara Malaysia -PKBAM

 


KL: Kami adalah warga negara Malaysia dari keturunan bangsa Aceh. Puluhan tahun kami di sini, bahkan ramai dari kami yang lahir di sini. Kata Pengerusi Persatuan Kebajikan Bangsa Aceh Malaysia (PKBAM), Tgk Mansur Din (gambar), sewaktu ditemui oleh Weblog IH sebentar tadi.


"Saya bersetuju dengan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menegaskan kenyataannya sebelum ini berhubung peranan yang boleh dimainkan oleh peniaga Aceh dalam membantu kerajaan mengawal harga barangan di Malaysia.

"Kami adalah warga negara Malaysia dari keturunan bangsa Aceh. Puluhan tahun kami di sini, bahkan ramai dari kami yang lahir di sini." Katanya.

Beliau Datuk Seri Tengku Adnan, merujuk kepada peniaga Aceh yang mempunyai kerakyatan negara ini saja. Tgk Mansur Din menolak
kenyataan dibuat Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Kesederhanaan Malaysia (IKHLAS) kononnya seolah-olah melindungi dan memberi sokongan kepada kewujudan peniaga asing di negara ini. 

“Ingin ditegaskan peniaga Aceh yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Tengku Adnan adalah peniaga Aceh yang memegang kad pengenalan berwarna biru iaitu mempunyai kerakyatan negara ini." Katanya.

Sabtu lalu, Tengku Adnan ketika menghadiri Majlis Maulidur Rasul Masyarakat Aceh di Pasar Jalan Raja Bot dilaporkan meminta peniaga Aceh memainkan peranan dalam membantu kerajaan mengawal harga barangan.

Bagaimanapun, Presiden IKHLAS, Mohd Ridzuan Abdullah, Rabu lalu pula membidas kenyataan Tengku Adnan dan menggesa menteri itu menarik semula kenyataannya berhubung peranan yang boleh dimainkan oleh peniaga Aceh dalam membantu kerajaan mengawal harga barangan.

Mohd Ridzuan turut mendakwa kenyataan Tengku Adnan dilihat seolah-olah beliau melindungi dan memberi sokongan kepada kewujudan peniaga asing di negara ini.

Dalam laporan itu juga IKHLAS memberi tempoh seminggu untuk Tengku Adnan membetulkan semula kenyataan berkuat kuasa Selasa lalu dan sekiranya beliau gagal berbuat demikian, IKHLAS bersama lima badan pertubuhan kerajaan kerajaan (NGO) lain akan membuat laporan polis.(IH)

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

2 comments:

Unknown said...

Aceh tu asal usulnya bukan org mon khmer ker

Unknown said...

Assalamualaikum tgk mansur nyoe nomor long neutulong hubungi siat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails