Friday, July 26, 2013

Abai Seruan Adakan Bantahan K/Tentera Hari Ini -Yusuf Al-Qaradawi


DOHA - Sebuah kumpulan yang dipimpin ulama Sunah berpengaruh, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi mengeluarkan fatwa menggesa rakyat Mesir supaya mengabaikan seruan ketua tentera negara itu yang meminta rakyat mengadakan bantahan besar-besaran bagi menentang 'keganasan'.

Fatwa itu dikeluarkan Persatuan Ulama Muslim yang berpangkalan di Doha lewat kelmarin. Ia melarang rakyat Mesir bertindak balas terhadap sebarang gesaan yang akan membawa kepada perang saudara. Ketua tentera Mesir, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi kelmarin menggesa satu perhimpunan besar- besaran diadakan hari ini bagi menyokong pihak berkuasa menentang 'keganasan'.

Ketegangan sudah berlanjutan selama tiga minggu sejak tentera menggulingkan bekas Presiden Mesir, Mohammed Morsi. Tindakan Abdel Fattah dikecam oleh kumpulan Islam di Mesir yang menyifatkan gesaan itu boleh menjurus kepada perang saudara. Kecaman mereka hadir menjelang bantahan besar-besaran hari ini yang menuntut pelantikan semula Morsi sebagai presiden.

Pada awal bulan ini, Sheikh Yusuf, 86, turut mengeluarkan fatwa menggesa rakyat Mesir menyokong pemim- pin yang digulingkan. Ulama kelahiran Mesir yang kini menetap di Qatar itu mempunyai berjuta-juta pengikut di seluruh dunia Arab. - AFP

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails