Sunday, July 21, 2013

Che Long Santuni Pengundi Awal Di Kem TUDM 79.36% Mengundi



BESUT: Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N1 Kuala Besut, Endot@ Azlan Yusof atau panggilan mesranya Che Long berada di pusat pengundi awal dari pagi hingga petang.

Kehadiran Che Long seawal jam 8.30 pagi menyantuni anggota tentera dan polis yang terlibat dengan pengundian awal yang diadakan di Dewan Serbaguna Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Gong Kedak Besut, hari ini. Che Long ditemani Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad disambut mesra oleh hampir kesemua pegawai dan kakitangan anggota tentera dan polis yang mengundi awal ketika beliau memperkenalkan dirinya.

Kata Che Long, sambutan anggota tentera yang mengundi hari ini cukup baik dan berharap boleh berlaku perubahannya.

“Kita tahu masalah orang dalam kem ini bukan semuanya sokong kerajaan BN, tapi mungkin ada yang ‘takut-takut’. Insya Allah, kita berdoa semoga Allah SWT beri kekuatan kepada mereka (pengundi) untuk berubah.
“Insya Allah…Che Long harap mereka boleh undi Che Long dan beri kemenangan kepada PAS,” ujarnya.

Harakahdaily dimaklumkan, seramai 1,134 anggota tentera dan pasangan serta 14 anggota polis layak melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada pilihan raya kecil ini. Pengundian awal tersebut dijalankan menerusi dua saluran yang dibuka oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di TUDM, Gong Kedak, Besut.

Sementara itu mSar Online melaporkan peratusan jumlah keluar mengundi bagi proses pengundian awal pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut ialah sebanyak 79.36 peratus. Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu, Fakhrul Razi Ab Wahab berkata, jumlah anggota tentera dan pasangan serta polis yang menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi ialah hanya 911 orang. Angka berkenaan lebih rendah daripada jangkaan SPR sebelum ini yang mensasarkan peratusan keluar mengundi bagi pengundian awal ialah sebanyak 95 peratus.
(IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut

E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails