Wednesday, July 24, 2013

Promosi Petrol Percuma, Ini Bukan Rasuah. -Pemuda PAS



BESUT: Jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Pemuda PAS Malaysia menggunakan medan kempen pilihan raya ini bagi mempromosikan aktiviti-aktiviti bersifat kebajikan. Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata jika rakyat memberi mandat kepada PAS dan Pakatan Rakyat memerintah Terengganu, konsep ‘Negara Berkebajikan’ akan dilaksanakan di negeri ini.

“Jika sekiranya rakyat memberi mandat kepada PAS khasnya dan amnya Pakatan Rakyat untuk memimpin negeri Terengganu ini. Maka, kita (PAS) akan melaksanakan konsep ‘Negara Berkebajikan’.
“Kita cuba untuk mengaplikasikan segala aktiviti-aktiviti bersifat kebajikan dan ianya akan menjadi simbolik bahawa kita sedang mempromosikan atau mempopularkan apa yang telah menjadi slogan Negara Berkebajikan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada program Petrol Percuma Motosikal Sahaja 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang tadi di sebuah stesen minyak di Kampung Nail, anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Terengganu.

Nasruddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh menafikan aktiviti mengagihkan minyak petrol percuma tersebut berbentuk rasuah kerana diberikan kepada semua rakyat. Katanya, Pemuda PAS mempromosikan konsep tersebut melalui aktiviti simbolik dengan memberikan petrol percuma kepada semua penunggang motosikal.

“Ini bukan rasuah, sebab apa yang kita (Pemuda) lakukan pada hari ini satu daripada simbolik. Kita (PAS) tidak memaksa atau membuat suatu pertaruhan jika mereka (rakyat) hendak minyak mereka kena undi kami, tidak.
“Kita ‘open’, kita (PAS) terbuka malah ada yang kita lihat tadi penunggang motosikal yang memakai baju Barisan Nasional juga datang mengisi minyak percuma yang ditaja oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia.
“Sebab ini adalah aktiviti terbuka, aktiviti umum. Ini mempromosikan konsep kebajikan yang dicanangkan oleh PAS selama ini,” jelasnya.

Hadir sama pada program tersebut Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah. (Hrkh)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut

E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails