Saturday, July 27, 2013

100-200 Korban Meningkat. PAS Bantah Tentera Mesir, M'sia Bisu..

Antara jenazah penyokong Morsi yang terkorban diserang menjelang sahur di hadapan Universiti Al-Azhar pagi tadi.

KL: PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera Mesir yang menggunakan kekerasan serta bedilan peluru hidup ke arah penyokong Morsi yang mengakibatkan ratusan lagi terkorban dalam insiden terbaru malam tadi.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, semua pihak tidak boleh membenarkan pembantaian terhadap rakyat seperti itu, apatah lagi insiden malam tadi bukan kali pertama dilakukan tentera sejak merampas kuasa.

"Rakyat Mesir behimpun secara aman, dan itu adalah hak mereka untuk menyatakan suara mereka.
"Tindakan menembak rakyat ini merupakan satu kekejaman yang telah dilakukan tentera dibawah telunjuk jeneral Al-Sisi, dan dunia tidak wajar berdiam diri sahaja," katanya kepada Harakahdaily.

Dalam perkembangan terbaru, angka kematian dilaporkan telah meningkat dan sekurang-kurangnya 120 penyokong Morsi terbunuh diserang pihak polis dan tentera Mesir dengan peluru hidup dalam dua insiden berasingan malam tadi.

Insiden pertama berlaku di Masjid Qaid Ibrahim di Iskandariah dimana tujuh orang dilapor terbunuh dalam serangan itu. Difahamkan, polis mengepung peserta yang berada di dalam masjid sebelum melepaskan gas pemedih mata. Dalam kejadian itu, seorang kanak-kanak 14 tahun didakwa turut terkorban akibat ditusuk dengan senjata tajam di perutnya.

Insiden kedua berlaku menjelang waktu sahur pagi tadi di hadapan Universiti Azhar, Jalan Austorad, berhampiran Kubur Anwar Sadat. Penyokong Morsi yang berkumpul di sini diserang oleh pasukan penembak tepat dari atas bangunan Universiti Al-Azhar selepas polis melepaskan gas pemedih mata.

Lebih 100 malah ada yang mengatakan 200 orang telah terkorban termasuk lebih ribuan lagi cedera. Dalam pada itu, Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Tumpat mendesak kerajaan Malaysia segera menyatakan pendirian dalam isu ini.

"Kita mintak kerajaan Malaysia melalui kementerian luar untuk mengutuk tindakan kejam yang dilakukan oleh pihak tentera dan kerajaan sementara ini terhadap rakyat mereka sendiri," katanya. (Hrkh)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.

1 comment:

Anonymous said...

Tentera Mesir ni berani dng rakyat sendiri je...dng Israel kecut telur dia orang...dasar keparat Panglima Angkatan Tentera Mesir al munafik!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails