Wednesday, July 24, 2013

Ustaz Hadi Ada Rekod Selesai Isu Tanah Terbaik -Husam

 
Che Long turut menyantuni perayu undi yang tidak berganjak biarpun cuaca panas terik

KUALA BESUT: Pengarah pilihan raya PAS Kuala Besut, Datuk Husam Husam menyifatkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meninggalkan track rekord tersendiri dalam menyelesaikan isu tanah di negeri ini.

Husam ketika memberikan ucapan kepada petugas dan penyokong PAS malam tadi

Kata Husam, Ustaz Abdul Hadi ketika menjadi Menteri Besar Terengganu berjaya menyelesaikan pembahagian geran tanah yang tidak pernah berjaya dibuat oleh pemimpin Umno sebelum ini.

"Kita bukan dongeng, kita bukan sekadar nak buat janji, tetapi track rekord Presiden PAS semasa menjadi menteri besar adalah menyelesaikan pemilikan tanah," kata Husam dalam ucapannya kepada petugas PAS dan pengundi di Kuala Besut malam tadi.

Semasa pentadbiran PAS dari 1999 hingga 2004, kerajaan negeri Terengganu telah memberi lebih 60,000 geran hak milik tanah kepada rakyat di negeri itu.

Ia adalah satu rekod yang pernah dicapai oleh sebuah kerajaan untuk satu penggal di negeri itu.

Berdasarkan track rekod itu, menurut Husam, PAS menjangka akan menyelesaikan isu pemilikan tanah di Besut jika berjaya menang dalam pilihan raya ini dan mencapai kedudukan 16:16 dalam Dewan Undangan Negeri Terenggan.

"Tanah-tanah di Kuala Besut ini kita akan agih-agihkan. Kita menjangkakan dalam masa 10 tahun, semua penduduk Terengganu, orang-orang muda yang berumah tangga akan mempunyai tanah dan rumah," kata Husam penuh keyakinan.

Beliau yakin, semua ini boleh dilakukan di bawah konsep Negara Berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS.

Husam juga yakin, kerajaan negeri Terengganu dapat menghapuskan semua kemiskinan di negeri dalam masa setahun.

Ia dilakukan dengan cara menambahkan pendapatan kepada 100,000 keluarga miskin yang ada di Terengganu sehingga ia melepasi paras kemiskinan iaitu RM720 sebulan.

"Kita boleh melakukan perkara ini dengan cara kerajaan menambahkan pendapatan mereka. Jika pendapatan mereka RM400, kerajaan perlu tambah RM320. Jika pendapatan mereka RM500, kerajaan perlu tambah RM220 sahaja.

"Anggaran kita RM30 juta sahaja sebulan diperlukan untuk mengatasi masalah kemiskinan di Terengganu," kata Husam.
Hari ini mengundi...

Ia mampu dilakukan kerana kerajaan Terengganu adalah paling kaya di semenanjung Malaysia iaitu mempunyai pendapatan dari hasil royalti minyak sebanyak RM1.8 bilion wang setahun.

Tetapi penduduknya, kata Husam, adalah yang paling miskin di Semenanjung Malaysia iaitu selepas Sabah kalau dikira seluruh negara.

"Pemimpin Terengganu patut rasa malu. Mat Said (Menteri Besar) patut rasa malu. Bukan hendak menghina tetapi kita rasa sedih, kalau kita pergi ke tepi-tepi pantai ada lagi orang Melayu, anak jati Terengganu duduk dalam rumah yang sangat dhaif," kata Husam kesal. (Hrkh)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut

E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails