Wednesday, July 24, 2013

Rasmi BN Menang, Tapi Sokong PAS Hingga Kiamat!

BESUT 24 Julai - Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu mengalahkan Pas dengan majoriti 2,592 undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan hari ini.

Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman memperoleh 8,288 manakala lawannya dari Pas, Endot @ Azlan Yusof mendapat 5,696 undi.

Sejumlah 79.78 peratus atau 14,108 orang daripada 17,683 pengundi di kawasan DUN Kuala Besut menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam pilihan raya kecil kawasan itu. - UTUSAN ONLINE

 Sokong Parti Islam Hingga Hari Kiamat!!
KUALA BESUT, 24 Julai - Di sebalik kemeriahan pilihan raya N 01 Kuala Besut, kami sempat menemubual beberapa orang penduduk bagi mengetahui respon mereka terhadap pilihan raya kali ini.

Berbagai gelagat yang dapat kami lihat sepanjang proses pembuangan undi di Kg Bukit Puteri pagi tadi.
Puan Mahsoh dari Kg Alor Perai mengatakan beliau bersama PAS kerana ingin menyokong Parti Islam hingga ke akhirat.

'Saya suka calon PAS,Che Long kerana beliau adalah seorang yang baik,ramai kawan,mudah basso dan kaya'kat Puan Mahsoh.

Selain itu,Puan Fatimah Haron dari kampong yang sama pula menceritakan pada kami situasi tempat pengundian pagi tadi.'Situasinyai tenang dan terkawal walaupun awalnya ada sedikit kekecohan'terang beliau.

Seorang lagi penduduk yang kami temui,Puan Maria berkata mereka sememangnya menginginkan perubahan kerana UMNO sangat zalim sebelum ini.
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut

E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails