Wednesday, July 24, 2013

Tak Rasmi: BN Kekal Kerusi Majoriti 4,000 Tersasar


azlan







Keputusan tidak rasmi untuk pilihan raya kecil DUN Kuala Besut mula diperolehi malam ini melalui sumber BN dan PAS.

Keputusan awal menunjukkan BN mengekalkan kawasan DUN berkenaan.

Kem BN berkumpul di satu hotel empat bintang, Demong Resot dengan diketuai timbalan pengerusi parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kumpulan penyokong PAS pula berhimpun di Kampung Baharu.

Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon PAS Endot@Azlan Yusof

LANGSUNG9.02pm: AJK pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad berkata parti itu sedar bahawa BN mendahului dalam pilihan raya umum lagi dengan majoriti 2,434 undi.

Namun, BN hanya berjaya meraih tambahan kira-kira 200 undi walau mengumumkan peruntukan RM477 juta semasa kempen tersebut, katanya.

"Kami berpuas hati dan reda, meskipun disogokkan dengan begitu hebat dan juga mereka mengharapkan menang 4,000 undi, tetapi kami berjaya mengagalkan mereka," kata Dzulkefly.
"Kami tahu sukar (untuk capai) menang tapi tidak mustahil dan kami menerima kekalahan. Kami melancar serangan bersungguh-sungguh namun pelbagai sebab (kekalahan) ini," katanya.

Tambahnya, PAS juga tidak melihat bahawa strategi mereka untuk membentuk jumlah kerusi yang sama banyak di DUN Terengganu itu merupakan satu kesilapan.

"Kami tidak menganggap agenda 16:16 satu yang silap, kerana kami telah menjelaskan sejelas-jelasnya, cuma ada rakyat yang faham dan percaya, tetapi tidak boleh memberi undi. Jika dihitung dengan sogokan, ugutan dan sebagainya.
"Kami juga berdepan dengan pengundian (pada hari bekerja), menyebabkan pengundi luar dan penyokong kami tidak dapat balik.

8.50pm:
Tak rasmi - BN menang dengan 2,650 majoriti.

8.30pm: ANALISIS - PAS membuka gelanggang dengan menimbulkan isu besar termasuk isu tanah dan juga strategi untuk mencapai jumlah kerusi sama banyak dengan BN - 16:16.PAS kemudiannya berubah arah dengan menganjurkan program seperti karnival mesra rakyat, cabutan bertuah dan juga pemberian petrol percuma kepada penunggang motosikal.

Pertambahan jumlah majoriti undi BN yang tidak begitu signifikan itu juga menunujukkan bahawa PAS masih dapat mengekalkan pengaruh dari penyokongnya walau tewas.

8.25pm: Setiausaha agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menulis ucapan tahniah kepada parti atas kemenangan di DUN Kuala Besut.

"Tahniah BN, kita menang dengan majoriti lebih baik walau jumlah keluar mengundi 79 peratus, kita menang kesemua pusat daerah mengundi.
"Terima kasih rakyat Kuala Besut (kerana) undi BN," katanya.

8pm: Sumber PAS menyebut, BN mendahului dengan hampir 2,600 undi.
BN pada awal kempen mensasarkan untuk meraih sehingga 4,000 undi majoriti.

PAS - 5,283 undi
BN - 7,882 undi
Majoriti - 2,599 undi
Rosak - 93 undi
(MK)
Warga tua turut dibenarkan mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Julai, 2013.  Warga tua turut dibenarkan mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Julai, 2013.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut

E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails